Wahyu
Yesus Kristus Akan Datang Lagi
Penglihatan Yohanes tentang harapan dalam Yesus Kristus
Rasul Yohanes ada satu penglihatan istimewa. Dia melihat Yesus Kristus, yang menunjukkan kepadanya banyak hal mengenai masa lalu dan depan. Dia memberitahu Yohanes menulis semua yang dia lihat. Yesus tahu para Orang Suci berusaha mengikuti-Nya. Dia mahu mereka memiliki harapan bahawa Dia lebih berkuasa daripada kejahatan di dunia.
Wahyu 1:1–2, 9–11, 13–15, 19; 2–3
Dalam penglihatannya, Yohanes nampak sebuah kitab yang tidak boleh dibuka oleh sesiapa. Kemudian Yohanes melihat anak domba yang mewakili Yesus Kristus; Dia boleh membuka kitab tersebut. Yohanes belajar bahawa sebelum bumi dicipta, Bapa Syurgawi telah memilih Yesus menjadi Juruselamat kita. Ini bahagian yang terpenting dalam rancangan Tuhan, dan hanya Yesus yang dapat melakukannya.
Wahyu 5
Yohanes juga melihat seekor naga yang mewakili Setan. Setan tidak suka rancangan Tuhan. Maka terjadi sebuah perang di syurga. Kebanyakan anak-anak roh Bapa Syurgawi ada iman kepada Yesus Kristus dan memilih mengikuti-Nya. Tetapi sesetengah daripada mereka memilih mengikuti Setan. Disebabkan pilihan mereka, mereka terpaksa meninggalkan syurga.
Wahyu 12:3–11
Yohanes melihat bahawa Setan dan para pengikutnya terus berperang melawan Yesus dan para pengikut-Nya di bumi. Mereka cuba menipu orang daripada mempercayai injil Juruselamat. Terdapat banyak peperangan, kehancuran, dan penyakit.
Wahyu 6; 8–9; 12:17; 13:11–18; 17–18
Tetapi Bapa Syurgawi menghantar malaikat dari syurga dengan injil Yesus Kristus, supaya ia boleh dikongsi dengan semua orang di bumi.
Wahyu 14:6–7
Sesetengah orang akan percaya Yesus dan mematuhi perintah-Nya, seperti yang telah mereka lakukan di syurga. Kesaksian mereka tentang Yesus akan membantu mereka mengalahkan Setan.
Wahyu 12:11; 19:8–10
Yohanes melihat bahawa Yesus Kristus akan kembali ke bumi lagi. Dia akan menjadi Raja bagi seluruh dunia. Setan tidak akan lagi memiliki kuasa dan pengaruh. Disebabkan Yesus, tidak akan ada lagi kesedihan atau kesakitan. Semua orang yang percaya kepada Yesus dan mentaati perjanjian dengan-Nya akan hidup bersama Dia dan Bapa Syurgawi selamanya.
Wahyu 19:11–16; 20:1–2; 21:1–7