1 Korintus 6:16–20
Paulus Membandingkan Tubuh Kita dengan Bait Suci
Kurnia kudus daripada Tuhan
Korintus adalah sebuah kota besar di tepi laut. Ia mempunyai banyak orang yang tidak menyembah Tuhan. Paulus mengajar orang ramai di Korintus tentang Yesus. Ramai orang mula percaya dan dibaptiskan.
Kisah Rasul-Rasul 18:8–11
Selepas Paulus pergi, dia mendengar bahawa ahli-ahli Gereja menghadapi masalah. Ramai orang di Korintus tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan tentang cara menjaga tubuh kita.
1 Korintus 6:13–18
Paulus menulis sepucuk surat kepada mereka. Dia berkata bahawa tubuh kita seperti bait suci Tuhan. Kita menghormati bait suci kerana ia merupakan rumah Tuhan. Kita juga harus menghormati tubuh kita kerana ia adalah kurnia daripada Tuhan.
1 Korintus 6:19–20
Bapa Syurgawi inginkan kita melakukan hal-hal yang baik dengan tubuh kita. Apabila kita berbuat demikian, kita boleh membawa Roh Kudus bersama kita.
1 Korintus 6:19
Paulus berkata bahawa Yesus Kristus menebus dosa-dosa kita melalui penderitaan-Nya. Kita menunjukkan kasih kita kepada Yesus dengan membuat pilihan yang baik untuk tubuh kita dan mematuhi perintah-Nya. Kita menunjukkan rasa syukur kepada Tuhan atas kurnia indah tubuh kita dengan menghormatinya seperti bait suci.
1 Korintus 6:20