Markus 8:22–25
Yesus Menyembuhkan Lelaki yang Buta
Penyembuhan yang berlaku sedikit demi sedikit
Di sebuah kota bernama Betsaida, orang ramai membawa seorang lelaki buta kepada Yesus. Mereka mahu Yesus memberkatinya supaya dia dapat melihat.
Markus 8:22
Yesus memegang tangan lelaki itu dan memimpinnya keluar dari kota. Kemudian Yesus meletakkan tangan-Nya pada lelaki itu dan memberkatinya.
Markus 8:23
Yesus bertanya kepada lelaki itu jika dia dapat melihat sesuatu. Lelaki itu mendongak. Dia berkata dia dapat melihat sedikit, tetapi tidak begitu jelas. Dia berkata bahawa orang ramai kelihatan seperti pokok berjalan.
Markus 8:23–24
Yesus memberkati lelaki itu lagi. Kali ini, apabila dia melihat, semuanya jelas. Yesus telah menyembuhkannya!
Markus 8:25