Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Boleh Menjadikan Benda Lemah Kuat—Pengajaran Paulus daripada “penyakit”


2 Korintus 12:7–10

Yesus Boleh Menjadikan Benda Lemah Kuat

Pengajaran Paulus daripada “penyakit”

Rasul Paulus mengajar orang tentang Juruselamat.

Rasul Paulus merupakan seorang hamba setia Yesus Kristus. Dia menerima banyak wahyu dan mengajar orang ramai tentang Juruselamat. Tetapi Paulus juga telah menghadapi pelbagai cabaran.

2 Korintus 12:7

Paulus menulis surat kepada ahli Gereja di Korintus.

Dalam suratnya kepada ahli Gereja, Paulus membandingkan cabarannya dengan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Ia menyebabkan Paulus berasa sangat lemah.

2 Korintus 12:7

Paulus berdoa.

Tiga kali, Paulus berdoa dan meminta Tuhan untuk mengangkat cabarannya. Namun Tuhan tidak berbuat demikian.

2 Korintus 12:8–9

Juruselamat memegang tangan Paulus dan mengangkatnya.

Sebaliknya, Tuhan memberitahu Paulus bahawa kuasa-Nya cukup untuk menguatkan Paulus. Paulus belajar kadangkala cabaran boleh menjadi perkara yang baik jika kita berpaling kepada Tuhan dan meminta bantuan. Apabila kita berasa lemah, Yesus Kristus boleh menguatkan kita, walaupun cabaran itu masih ada.

2 Korintus 12:9–10