Cerita-cerita Kitab Suci
Domba yang Hilang, Duit Syiling yang Hilang, dan Anak Lelaki yang Hilang—Tiga perumpamaan tentang kasih Tuhan


Lukas 15

Domba yang Hilang, Duit Syiling yang Hilang, dan Anak Lelaki yang Hilang

Tiga perumpamaan tentang kasih Tuhan

Yesus sedang bercakap dan makan dengan sekumpulan orang.

Beberapa pemimpin Orang Yahudi melihat Yesus bercakap dan makan bersama orang yang dianggap sebagai pendosa. Para pemimpin berfikir adalah salah bagi Yesus untuk makan bersama orang berdosa. Yesus menceritakan tiga cerita atau perumpamaan untuk membantu mereka memahami bahawa Dia ingin menolong setiap orang bertaubat dan betapa gembiranya Dia apabila mereka melakukannya.

Lukas 15:1–3

Seorang gembala sedang mencari domba yang hilang.

Perumpamaan pertama adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai 100 ekor domba. Salah satu dombanya hilang.

Lukas 15:4

Gembala menemui domba yang hilang.

Lelaki itu meninggalkan 99 ekor domba yang lain dan pergi mencari domba yang hilang itu. Dia terus mencari sehingga dia menemukannya.

Lukas 15:4

Gembala membawa domba yang hilang itu di atas bahunya.

Apabila dia menemukan dombanya yang hilang, dia sangat gembira! Dia membawa pulang domba itu di atas bahunya dan memberitahu kawan dan jirannya untuk bersukacita bersamanya. Yesus berkata inilah perasaan Bapa Syurgawi apabila seseorang bertaubat daripada dosa-dosa mereka dan kembali kepada-Nya.

Lukas 15:5–7

Seorang wanita mencari duit syiling yang hilang.

Perumpamaan kedua adalah tentang seorang wanita yang mempunyai 10 duit syiling perak. Apabila dia kehilangan satu, dia nyalakan lilin dan menyapu rumahnya, mencari duit syiling yang hilang itu. Dia terus mencari sehingga dia menemukannya.

Lukas 15:8

Wanita menemukan duit syiling yang hilang dan berasa sangat gembira.

Apabila dia menemukan syilingnya yang hilang, dia sangat gembira! Dia memberitahu kawan dan jirannya untuk bersukacita bersamanya. Yesus berkata inilah perasaan malaikat di syurga apabila seseorang bertaubat daripada dosa-dosa mereka.

Lukas 15:9–10

Anak bongsu meninggalkan keluarganya.

Perumpamaan ketiga adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai dua anak lelaki. Anak bongsu tidak mahu tinggal bersama bapanya lagi. Dia meminta bapanya memberikan bahagian hartanya. Kemudian anak itu meninggalkan rumah dan pergi ke sebuah negara yang jauh.

Lukas 15:11–13

Anak itu membazirkan wang daripada bapanya.

Anak itu telah membuat beberapa pilihan tidak bijak. Dia membazirkan wang yang diberi oleh bapanya.

Lukas 15:13

Anak itu tidak mempunyai apa-apa untuk makan.

Selepas semua wangnya habis, dia sangat lapar. Tiada siapa yang ingin memberinya makanan. Akhirnya dia mendapat kerja memberi makan babi. Anak itu sungguh lapar sehingga dia ingin makan makanan babi. Dia tahu dia perlu kembali kepada bapanya.

Lukas 15:14–18

Anak itu memutuskan untuk menjadi orang suruhan bapanya.

Tetapi dia tidak pasti jika bapanya akan menerimanya kembali. Anak itu memutuskan untuk menjadi orang suruhan bapanya.

Lukas 15:17–19

Bapa itu gembira melihat anaknya.

Semasa anak itu pulang, bapanya nampak dia datang dari jauh. Bapa itu sangat gembira, dia berlari mendapatkan anaknya!

Lukas 15:20

Mereka saling berpelukan.

Bapa memeluk dan mencium anaknya. Dia menyuruh orang suruhannya membawa pakaian terbaik untuk anaknya dan menyediakan jamuan. Dia mahu semua orang meraikan dan bergembira kerana anaknya telah pulang ke rumah.

Lukas 15:20–24

Anak sulung kembali setelah bekerja di ladang.

Selama ini, anak sulung itu bekerja di ladang. Apabila dia kembali ke rumah, dia mendengar muzik dan tarian. Dia bertanya kepada orang suruhan apa yang sedang berlaku. Orang suruhan itu memberitahunya bahawa adiknya telah pulang, jadi mereka mengadakan jamuan untuk meraikannya.

Lukas 15:25–27

Bapa itu meminta anak sulung untuk bergembira kerana anak bongsu telah kembali.

Anak sulung berasa marah. Bapanya menjemput dia ke jamuan itu, tetapi dia tidak mahu pergi. Dia berkata kepada bapanya bahawa dia telah lama melayaninya, tetapi tidak pernah diberi jamuan. Bapanya berkata, “Segala yang ayah miliki juga milikmu,” namun adalah baik untuk bergembira apabila seseorang bertaubat dan kembali ke rumah!

Lukas 15:28–32