Cerita-cerita Kitab Suci
Surat-surat kepada Timotius—Paulus menasihati kawan mudanya


1 dan 2 Timotius

Surat-surat kepada Timotius

Paulus menasihati kawan mudanya

Timotius diajar oleh ibu dan neneknya.

Timotius seorang lelaki muda yang beriman teguh kepada Yesus Kristus. Ibunya, Eunike, dan neneknya, Lois, juga merupakan wanita yang beriman teguh. Mereka mengajar Timotius daripada tulisan suci, bermula ketika dia masih kanak-kanak.

2 Timotius 1:5; 3:15

Paulus dan Timotius berjalan bersama. Paulus memegang kain untuk melindungi mereka daripada hujan.

Timotius dan Paulus merupakan rakan karib. Mereka telah bekerja dan mengembara bersama, melayani Tuhan dan berkongsi injil-Nya. Paulus mengasihi Timotius seperti seorang anak lelaki.

Filipi 2:19–22; 1 Timotius 1:2

Paulus menyuruh Timotius pergi ke Efesus untuk memimpin Gereja di sana.

Paulus meminta Timotius untuk memimpin Gereja di Efesus. Paulus perlu pergi ke bandar lain. Ketika dia berjauhan, dia menulis surat kepada Timotius untuk membantunya.

1 Timotius 1:1–3

Timotius memerhatikan orang ramai menolak injil.

Kemudian, ketika Paulus dipenjarakan di Roma, dia menulis sepucuk surat lagi kepada Timotius. Dia menasihati Timotius bahawa masa sukar akan datang. Sesetengah orang akan menolak kebenaran dan memilih hal-hal duniawi daripada Tuhan. Mereka akan mengajar hal yang salah.

2 Timotius 3:1–7; 4:3–4

Timotius mengajar sekumpulan Orang Suci tentang injil.

Paulus meminta Timotius untuk jangan takut. Dia berkata, “Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, [dan] kasih.” Paulus menyuruh Timotius untuk terus melakukan hal-hal yang dia telah pelajari. Tulisan suci akan mengiring dia kepada Yesus Kristus.

2 Timotius 1:7–9; 3:14–17

Paulus di dalam penjara di Roma.

Paulus tahu bahawa kehidupannya akan berakhir tidak lama lagi. Namun begitu, dia tidak berasa takut. Paulus memberitahu Timotius walaupun dia telah mengalami pelbagai bentuk cabaran dalam hidupnya, dia tetap kuat beriman. Dia percaya bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan memberinya kehidupan abadi.

2 Timotius 4:6–8