Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memberkati Kanak-kanak—”Orang seperti inilah yang menikmati pemerintahan Tuhan”


Markus 10:13–16

Yesus Memberkati Kanak-kanak

”Orang seperti inilah yang menikmati pemerintahan Tuhan”

Orang ramai meminta Yesus untuk memberkati anak-anak mereka.

Semasa Yesus sedang mengajar, beberapa orang membawa anak-anak mereka kepada-Nya. Mereka mahu Yesus memberkati anak-anak mereka. Para pengikut-Nya cuba menghentikan mereka.

Matius 19:13; Markus 10:13

Yesus mengajar para pengikut-Nya untuk menjadi seperti kanak-kanak.

Yesus memberitahu para pengikut-Nya untuk benarkan kanak-kanak datang kepada-Nya. Dia berkata bahawa kanak-kanak tergolong dalam kerajaan Tuhan. Dia menjelaskan bahawa jika seseorang ingin hidup bersama Tuhan lagi, mereka perlu menjadi seperti kanak-kanak.

Matius 19:14; Markus 10:14–15

Yesus memberkati kanak-kanak.

Kemudian Yesus memeluk semua kanak-kanak di situ dan memberkati mereka.

Matius 19:15; Markus 10:16