Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus yang Muda—Belajar dan membesar


Lukas 2:39–52

Yesus yang Muda

Belajar dan membesar

Yesus di rumah bersama keluarganya.

Yesus membesar di kota Nazaret bersama Maria dan Yusuf. Lama-kelamaan, Dia belajar lebih banyak tentang Bapa Syurgawi. Dia bersedia untuk pekerjaan yang Bapa Syurgawi ingin Dia lakukan.

Lukas 2:39–40; Ajaran dan Perjanjian 93:12–14

Yesus dan keluarga-Nya pergi ke Yerusalem untuk Paskah.

Ketika Yesus berumur 12 tahun, Dia pergi ke Yerusalem bersama keluarga dan kawan-kawan untuk meraikan Paskah. Mereka tinggal di situ untuk beberapa hari.

Lukas 2:41–43

Maria dan Yusuf menyedari bahawa Yesus tidak bersama mereka.

Dalam perjalanan pulang, Yusuf dan Maria sedar bahawa Yesus tidak bersama mereka. Mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari-Nya. Mereka sangat risau.

Lukas 2:44–46

Yesus mengajar di bait suci.

Selepas mencari selama tiga hari, Maria dan Yusuf akhirnya menemui Yesus. Dia berada di bait suci, bercakap dengan beberapa orang pengajar tentang tulisan suci. Para pengajar sedang menyoal Dia. Mereka kagum dengan betapa banyak yang Yesus tahu dan faham!

Lukas 2:46–47

Maria dan Yusuf bercakap dengan Yesus di bait suci.

Maria memberitahu Yesus betapa risau mereka ketika tidak dapat menemui-Nya. Yesus menjawab bahawa Dia sedang melakukan pekerjaan Bapa Syurgawi. Yesus kembali ke Nazaret bersama keluarga-Nya. Dia patuhi Maria dan Yusuf.

Lukas 2:48–52

Yesus di rumah bersama keluarganya.

Yesus terus belajar. Dia menjadi lebih besar dan lebih kuat. Bapa Syurgawi mengasihi-Nya dan membantu Dia bersedia untuk misi-Nya. Yesus mengasihi orang di sekeliling-Nya, dan mereka mengasihi-Nya.

Lukas 2:52