Cerita-cerita Kitab Suci
Seorang Malaikat Membebaskan Petrus dari Penjara—Tuhan menjawab doa


Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Seorang Malaikat Membebaskan Petrus dari Penjara

Tuhan menjawab doa

Petrus dipenjarakan.

Seorang raja bernama Herodes tidak suka orang Kristian. Dia membunuh Rasul Yakobus. Kemudian dia penjarakan Petrus. Dia meletakkan 16 askar untuk mengawal penjara.

Kisah Rasul-Rasul 12:1–4

Orang ramai berdoa untuk Petrus.

Apabila ahli-ahli Gereja mendengar hal ini, mereka berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk Petrus.

Kisah Rasul-Rasul 12:5

Petrus tidur di penjara.

Pada satu malam, Petrus sedang tidur. Dia terikat dengan dua rantai di antara dua askar.

Kisah Rasul-Rasul 12:6

Seorang malaikat muncul kepada Petrus.

Tiba-tiba, suatu cahaya bersinar di dalam penjara, dan seorang malaikat muncul. “Cepat bangun!” kata malaikat itu, dan rantai-rantai itu jatuh daripada tangan Petrus. Malaikat memberitahu Petrus untuk mengikutinya.

Kisah Rasul-Rasul 12:7–8

Malaikat itu memimpin Petrus melewati para pengawal.

Petrus menyangka dia sedang bermimpi. Dia mengikuti malaikat itu melewati para pengawal. Pintu besi yang menuju ke kota terbuka sendiri, Petrus dan malaikat itu berjalan melaluinya.

Kisah Rasul-Rasul 12:9–10

Petrus berjalan bersendirian di kota itu.

Malaikat itu pergi, dan Petrus sedar bahawa dia tidak bermimpi. Dia tahu Tuhan telah menghantar malaikat untuk menyelamatkannya.

Kisah Rasul-Rasul 12:10–11

Petrus mengetuk pintu rumah Maria.

Petrus pergi ke rumah seorang wanita bernama Maria, di mana banyak ahli Gereja datang untuk berdoa. Dia mengetuk pintu.

Kisah Rasul-Rasul 12:12–13

Rode mendengar suara Petrus di sebalik pintu.

Seorang gadis bernama Rode menghampiri pintu. Apabila dia mendengar suara Petrus, dia sangat gembira! Dia berlari untuk memberitahu yang lain.

Kisah Rasul-Rasul 12:13–14

Rode memberitahu para ahli Gereja bahawa Petrus berada di pintu.

Apabila Rode memberitahu semua orang bahawa Petrus berada di pintu, mereka tidak mempercayainya. Petrus terus mengetuk.

Kisah Rasul-Rasul 12:15–16

Petrus memberitahu para ahli Gereja bahawa Tuhan membawanya keluar dari penjara.

Akhirnya, mereka membuka pintu dan melihat bahawa ia benar. Petrus selamat! Tuhan menjawab doa mereka. Petrus memberitahu semua orang bagaimana Tuhan telah membawanya keluar dari penjara.

Kisah Rasul-Rasul 12:16–17