Cerita-cerita Kitab Suci
Simon dan Kuasa Tuhan—Belajar tentang imamat Tuhan


Kisah Rasul-Rasul 8:5–24

Simon dan Kuasa Tuhan

Belajar tentang imamat Tuhan

Simon memerhatikan seorang Rasul menyembuhkan seorang lelaki.

Seorang lelaki bernama Simon tinggal di Samaria. Bila dia mendengar injil Yesus Kristus, dia percaya. Dia juga kagum dengan mukjizat yang para pengikut Yesus lakukan dengan kuasa Tuhan. Simon dibaptiskan, begitu juga banyak lelaki dan perempuan lain di Samaria.

Kisah Rasul-Rasul 8:5–13

Petrus dan Yohanes meletakkan tangan mereka di atas kepala seorang lelaki.

Para Rasul di Yerusalem mendengar bahawa orang di Samaria sedang dibaptiskan. Petrus dan Yohanes pergi ke Samaria. Menggunakan kuasa imamat Tuhan, mereka meletakkan tangan mereka ke atas orang yang telah dibaptiskan dan memberi mereka kurnia Roh Kudus.

Kisah Rasul-Rasul 8:14–17

Simon cuba membeli imamat Tuhan dengan wang.

Apabila Simon melihat Petrus dan Yohanes melakukan hal itu, dia menawarkan wang dan berkata, “Berikan kuasa itu kepada saya.” Dia ingin membeli imamat Tuhan supaya dia juga boleh memberikan kurnia Roh Kudus.

Kisah Rasul-Rasul 8:18–19

Petrus mengajar Simon tentang imamat.

Petrus menjelaskan bahawa tidak seorang pun dapat membeli kuasa Tuhan. Itu kurnia daripada Tuhan. Petrus memberitahu Simon bahawa hatinya perlu berubah. Dia menjemput Simon untuk bertaubat dan berdoa kepada Tuhan untuk keampunan.

Kisah Rasul-Rasul 8:20–23

Simon meminta pengampunan daripada Petrus.

Simon benar-benar menyesal. Dia meminta Petrus berdoa untuknya agar dia dapat berubah.

Kisah Rasul-Rasul 8:24