Yohanes 1:43–51
Marilah Lihat
Menjemput kawan untuk mengikuti Yesus
Seorang lelaki bernama Filipus adalah salah seorang pengikut Yesus. Dia tahu bahawa Yesus ialah Juruselamat. Filipus mahu kawannya Natanael tahu tentang Yesus juga.
Yohanes 1:43–45
Natanael tahu bahawa tulisan suci berkata Tuhan akan menghantar seorang Juruselamat. Filipus memberitahunya bahawa dia telah menemui Juruselamat—Nama-Nya ialah Yesus, dari Nazaret.
Yohanes 1:45
Pada mulanya Natanael tidak mempercayainya. Dia tidak fikir Juruselamat mungkin dari Nazaret. “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?” dia bertanya. Filipus menjawab, “Marilah lihat.”
Yohanes 1:46
Natanael pergi bersama Filipus untuk bertemu dengan Yesus. Apabila Yesus melihat mereka datang, Dia berkata bahawa Natanael adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Natanael terkejut. Dia tidak pernah bertemu dengan Yesus sebelum ini. Bagaimanakah Yesus mengenalinya?
Yohanes 1:47–48
Yesus memberitahu Natanael bahawa sebelum Filipus bercakap dengannya, Yesus telah melihat dia duduk di bawah pokok ara.
Yohanes 1:48
Sekarang Natanael tahu bahawa Yesus ialah Putera Tuhan. Yesus memberitahu Natanael bahawa dia akan melihat hal-hal yang hebat—seperti malaikat-malaikat keluar dari syurga—semuanya kerana imannya.
Yohanes 1:49–51