Cerita-cerita Kitab Suci
Perlengkapan Perang Tuhan—Kekal selamat secara rohani


Efesus 6:11–17

Perlengkapan Perang Tuhan

Kekal selamat secara rohani

Paulus menulis surat kepada para Orang Suci di Efesus tentang pertempuran rohani kita menentang kejahatan.

Paulus mengajar para Orang Suci di Efesus bahawa kita semua berada dalam pertempuran rohani menentang kejahatan. Sama seperti askar yang memakai perisai melindungi badan mereka, kita boleh memakai pelengkapan perang rohani Tuhan untuk melindungi roh kita.

Efesus 6:11–13

Seorang gadis memakai tali pinggang perisai.

Paulus membandingkan perisai seorang askar dengan hal yang melindungi kita secara rohani. Contohnya, dia berkata bahawa kebenaran adalah seperti tali pinggang yang dipakai di pinggang kita.

Efesus 6:14

Seorang budak lelaki memakai perisai dada.

Seterusnya, Paulus berkata bahawa kesolehan adalah seperti perisai dada yang melindungi hati kita.

Efesus 6:14

Kasut dan pelindung kaki berperisai.

Injil kedamaian Yesus Kristus umpama kasut yang dipakai untuk melindungi kaki kita.

Efesus 6:15

Seorang gadis memegang papan perisai.

Iman kita kepada Yesus Kristus seperti perisai yang melindungi kita daripada Setan, sama seperti perisai melindungi askar daripada anak panah musuh.

Efesus 6:16

Seorang budak lelaki memakai topi keledar berperisai.

Paulus berkata bahawa keselamatan adalah seperti topi keledar yang menjaga kepala dan fikiran kita.

Efesus 6:17

Dua bilah pedang.

Akhirnya, Paulus berkata bahawa Roh dan firman Tuhan umpama pedang.

Efesus 6:17

Seorang budak perempuan dan lelaki dilindungi sepenuhnya dengan perlengkapan perang Tuhan.

Apabila kita memakai setiap perlengkapan perang Tuhan, kita boleh berdiri teguh menentang penipuan dan godaan iblis. Tuhan memberi kita perisai ini supaya roh kita tetap selamat dan kuat.

Efesus 6:11–13