Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Bersaksi tentang Misi-Nya—Ditolak di Nasaret


Lukas 4:16–31

Yesus Bersaksi tentang Misi-Nya

Ditolak di Nasaret

Yesus pergi ke saumaah.

Yesus pergi ke Nasaret, di mana keluarga dan kawan-kawan-Nya tinggal. Ia adalah tempat Dia membesar. Pada hari Sabat, Dia pergi ke saumaah, di mana orang ramai pergi mengkaji tulisan suci dan menyembah Tuhan.

Lukas 4:16–17

Yesus membaca tulisan suci di saumaah.

Di saumaah, Yesus berdiri dan membaca tulisan suci daripada nabi Yesaya. Tulisan suci berkata suatu hari seorang Juruselamat akan datang. Dia akan mengkhutbahkan injil kepada yang miskin dan menyembuhkan hati yang hancur. Dia akan membantu yang buta dan mereka yang sakit.

Yesaya 61:1–2; Lukas 4:17–19

Yesus memberitahu orang ramai bahawa Dia ialah Juruselamat.

Yesus habis membaca dan duduk. Semua orang melihat-Nya. Dia memberitahu mereka bahawa pada hari itu, tulisan suci yang Dia baca akan digenapi. Dia ialah Juruselamat.

Lukas 4:21

Orang ramai tertanya-tanya bagaimana Yesus boleh menjadi Juruselamat.

Orang Nazaret sangat terkejut dengan apa yang Yesus katakan. Bagaimanakah Yesus boleh menjadi Juruselamat? Mereka sangka Dia hanyalah anak Maria dan Yusuf, bukan Putera Tuhan. Dia kelihatan seperti orang biasa untuk mereka.

Lukas 4:22

Yesus bercakap tentang mukjizat.

Yesus tahu bahawa orang ramai mahu Dia melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia ialah Juruselamat. Yesus mengajar bahawa mukjizat berlaku kepada orang yang percaya, dan kadang-kadang Tuhan melakukan mukjizat kepada orang yang bukan daripada bangsa Israel kerana mereka mempunyai iman yang lebih kuat. Beberapa orang di saumaah marah terhadap Yesus.

Lukas 4:23–28

Orang ramai memaksa Yesus ke puncak bukit.

Mereka memaksanya keluar dari kota dan naik ke puncak sebuah bukit. Mereka mahu menolaknya dari bukit.

Lukas 4:28–29

Yesus melarikan diri.

Tetapi Yesus melarikan diri daripada orang ramai yang marah itu.

Lukas 4:30

Yesus mengajar di kota lain.

Kerana mereka tidak mahu Dia di Nazaret, Yesus pergi ke kota lain untuk mengajar.

Lukas 4:31–32