Efesus 2:19–20; 4:11–14
Dalam Kesatuan Iman
Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui para rasul dan nabi
Para Rasul Yesus mengkhutbahkan injil-Nya di pelbagai negara. Orang yang percaya kepada injil dibaptiskan. Rasul Paulus ingin semua orang berasa diterima dalam Gereja Juruselamat, walaupun berasal dari tempat yang berbeza.
Matius 28:19–20; Efesus 2:19
Paulus menulis surat kepada para Orang Suci di Efesus. Dia berkata bahawa apabila Yesus mati untuk kita, itu seolah-olah Dia meruntuhkan tembok yang memisahkan anak-anak Tuhan. Tidak kira dari mana tempat asal mereka, mereka bukannya orang asing lagi. Mereka boleh menerima injil dan menjadi sebahagian daripada “anggota keluarga Tuhan,” seperti satu keluarga besar!
Efesus 2:11–19
Paulus berkata bahawa Gereja adalah seperti sebuah bangunan yang kuat. Bangunan memerlukan tapak yang kukuh. Batu yang paling penting dalam tapak adalah batu asasnya. Semua batu lain disusun mengikut batu asas itu. Yesus Kristus ialah batu asas Gereja-Nya.
Efesus 2:20
Asas Gereja yang lain ialah para nabi dan rasul, yang memberi kesaksian tentang Yesus Kristus. Tuhan juga menjemput kita semua untuk membantu membina Gereja-Nya—dengan mengajar, melayani, berkongsi injil, dan dalam pelbagai cara lain.
Efesus 2:20; 4:11–12
Paulus berkata, Gereja diperlukan, untuk membantu setiap orang mengenali Yesus Kristus. Gereja Yesus Kristus berada di bumi hari ini, dengan asas kukuh Yesus Kristus dan para nabi dan rasul-Nya. Melalui Gereja-Nya, kita boleh berkembang “menjadi satu oleh iman yang sama” dan menjadi lebih seperti Yesus.
Efesus 2:21–22; 4:13