Yohanes 10:1–18
Yesus Ialah Gembala yang Baik
“Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku, dan Aku mengenali mereka”
Yesus berfirman kepada orang ramai di Yerusalem bahawa Dia seperti gembala yang baik. Para pengikut-Nya adalah seperti domba-domba-Nya. Gembala yang baik mengasihi domba-dombanya. Dia tahu nama setiap satu.
Yohanes 10:3, 14; lihat juga Helaman 15:13
Domba-domba itu tahu suara gembala yang baik. Apabila dia memanggil mereka, mereka mendengar dan mematuhi.
Yohanes 10:4, 27
Gembala yang baik menjaga domba-dombanya. Dia memimpin mereka ke padang rumput hijau, sama seperti Yesus Kristus memimpin kita ke kehidupan abadi.
Yohanes 10:9–10, 28
Apabila orang lain diupah untuk menjaga domba-domba itu, mereka tidak mengikutinya, kerana mereka tidak tahu suaranya. Apabila bahaya datang, orang yang diupah itu melarikan diri. Dia tidak peduli tentang domba seperti gembala yang baik.
Yohanes 10:5, 12–13
Gembala yang baik tidak melarikan diri apabila terdapat bahaya. Dia tetap tinggal untuk melindungi domba-domba-Nya. Dia juga sudi memberikan nyawa-Nya untuk mereka, sama seperti Yesus Kristus memberikan nyawa-Nya untuk kita supaya kita boleh memperolehi kehidupan abadi.
Yohanes 10:11, 17–18
Yesus memberitahu orang ramai di Yerusalem bahawa Dia juga mempunyai domba-domba lain yang tinggal di tempat lain. Yesus berkata bahawa Dia juga akan mengunjungi mereka, dan mereka akan mendengar ajaran-ajaran-Nya. Kitab Mormon menceritakan tentang Yesus mengunjungi domba-domba-Nya yang lain di Benua Amerika.
Yohanes 10:16; 3 Nefi 15:11–24