Matius 14:22–33
Berjalan di atas Air
Iman mengatasi ketakutan
Yesus ingin bersendirian untuk berdoa. Dia menyuruh para pengikut-Nya menaiki perahu ke sebelah laut Galilea. Yesus pergi berdoa di gunung.
Matius 14:22–23
Malam itu, angin kuat, dan ombak tinggi. Para pengikut Yesus bekerja keras sepanjang malam untuk membawa perahu ke seberang laut.
Matius 14:24–25
Apabila malam hampir berakhir, para pengikut melihat seseorang berjalan di atas air ke arah mereka. Mereka fikir itu hantu, dan mereka menjadi takut. Itu bukan hantu; itu Yesus! Dia berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!”
Matius 14:25–27
Petrus meminta Yesus menjemputnya untuk datang kepada-Nya di atas air. Yesus berkata, “Marilah!” Petrus keluar dari perahu dan mula berjalan di atas air, seperti Yesus!
Matius 14:28–29
Tetapi apabila Petrus melihat angin kuat dan ombak besar, dia menjadi takut. Dia mula tenggelam ke dalam air. Dia memanggil Yesus, “Ya Tuhan, selamatkanlah aku.”
Matius 14:30
Yesus menghulurkan tangan dan memegang Petrus. Dia tanya Petrus mengapa dia meragui dan bukannya lebih mempercayai-Nya.
Matius 14:31
Apabila Yesus dan Petrus kembali ke perahu, ribut badai berhenti. Para pengikut terpegun dengan apa yang telah terjadi. Mereka tahu bahawa Yesus benar-benar Putera Tuhan, dan menyembah-Nya.
Matius 14:32–33