Matius 1; Lukas 1
Malaikat Melawat Maria dan Yusuf
Dipilih untuk menjaga Putera Tuhan
Seorang wanita bernama Maria tinggal di kota Nazaret. Dia mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Maria akan berkahwin dengan seorang lelaki bernama Yusuf, yang juga mengasihi Tuhan.
Matius 1:18–19; Lukas 1:26–28
Suatu hari, seorang malaikat bernama Gabriel mengunjungi Maria. Pada mulanya, Maria takut. Tetapi Gabriel berkata bahawa dia diutus oleh Tuhan. Maria tidak perlu takut. Dia berkata bahawa Maria sangat istimewa kepada Tuhan dan akan melahirkan bayi tidak lama lagi. Anak Maria akan menjadi Putera Tuhan, Yesus.
Lukas 1:26–33
Tetapi Maria keliru. Dia belum berkahwin dengan Yusuf lagi. Bagaimanakah dia boleh melahirkan seorang anak? Gabriel menjelaskan bahawa ia akan berlaku melalui kuasa Tuhan. Malaikat berkata, “Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.”
Lukas 1:34–37
Maria rendah hati dan beriman. Dia memberitahu Gabriel bahawa dia adalah hamba Tuhan. Dia sanggup menjadi ibu kepada Putera Tuhan.
Lukas 1:38
Apabila Yusuf mendapat tahu bahawa Maria akan melahirkan seorang bayi, dia berasa terganggu. Dia tertanya-tanya jika dia harus berkahwin dengan Maria.
Matius 1:19
Tetapi pada satu malam dalam mimpi, malaikat itu mengunjungi Yusuf. Malaikat itu memberitahu Yusuf bahawa anak Maria ialah Putera Tuhan dan Yusuf harus menamakan Dia Yesus. Yesus akan menyelamatkan semua orang daripada dosa-dosa mereka. Malaikat itu berkata bahawa Yusuf harus berkahwin dengan Maria.
Matius 1:20–23
Yusuf melakukan apa yang malaikat katakan. Yusuf dan Maria berkahwin.
Matius 1:24
Maria mengunjungi sepupunya Elisabet. Malaikat itu memberitahu Maria bahawa Elisabet juga hamil, walaupun dia sudah tua. Ini adalah satu lagi mukjizat daripada Tuhan. Anak lelakinya akan membesar menjadi Yohanes Pembaptis. Apabila Maria memasuki rumah itu, dia menyapa Elisabet.
Lukas 1:13–17, 36, 39–40
Sebaik sahaja Elisabet mendengar Maria, bayi dalam kandungan Elisabeth melonjak kegirangan. Elisabet dipenuhi dengan Roh Kudus. Dia tahu bahawa Maria sedang mengandungkan Putera Tuhan. Maria bersukacita dengan Elisabet. Dia memuji Tuhan atas semua perkara menakjubkan yang Dia lakukan untuk memberkati anak-anak-Nya.
Lukas 1:41–55