Matius 26:36–46; Lukas 22:39–46
Yesus di Getsemani
Menderita untuk dosa-dosa dunia
Yesus dan para Rasul-Nya pergi ke taman yang dipanggil Getsemani. Yesus meminta Petrus, Yakobus, dan Yohanes untuk mengikuti-Nya dan memberitahu yang lain untuk menunggu.
Matius 26:36–37; Yohanes 18:1
Yesus memberitahu Petrus, Yakobus, dan Yohanes bahawa Dia berasa sangat sedih. Dia meminta mereka untuk berjaga sementara Dia berdoa.
Matius 26:38
Kemudian Yesus berjalan lebih jauh ke dalam taman. Dia mula menderita untuk dosa-dosa kita supaya kita boleh bertaubat dan diampuni. Yesus juga merasakan semua kesakitan, penyakit, dan kesedihan kita supaya Dia dapat membantu kita. Dia berbuat demikian kerana Dia mengasihi kita. Semua ini sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi.
Matius 26:39; Lukas 22:41; Roma 3:23; Alma 7:11–13; 3 Nefi 27:19
Penderitaan Yesus amat perit sehingga Dia memohon kepada Bapa Syurgawi agar penderitaan itu diambil daripada-Nya. Tetapi Dia rela melakukan apa yang Bapa-Nya ingin Dia lakukan. Dia berkata, “Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”
Lukas 22:42
Yesus pergi kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes dan melihat bahawa mereka sedang tidur. Dia membangunkan mereka dan sekali lagi meminta mereka supaya berjaga dan berdoa. Namun, Dia tahu bahawa walaupun mereka ingin berjaga, mereka sangat letih.
Matius 26:40–41
Yesus berdoa lagi. Seorang malaikat datang untuk memberi-Nya kekuatan. Dia menanggung kesakitan yang besar dan berdoa dengan lebih tekun. Peluh-Nya adalah titisan darah yang jatuh ke tanah.
Matius 26:42; Lukas 22:43–44; Mosia 3:7; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19
Dua kali lagi, Yesus pergi kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes dan mendapati mereka tertidur. Akhirnya, Dia membangunkan mereka, kerana masanya telah tiba untuk Dia dibawa pergi.
Matius 26:43–46