Cerita-cerita Kitab Suci
Marta dan Maria—Memilih apa yang paling penting


Lukas 10:38–42

Marta dan Maria

Memilih apa yang paling penting

Marta mengalu-alukan Yesus dan para pengikut-Nya.

Marta tinggal di sebuah kampung bernama Betania. Apabila Yesus dan para pengikut-Nya datang ke Betania, Marta mengalu-alukan mereka ke rumahnya.

Lukas 10:38

Marta melayani tetamunya.

Ketika Yesus mengajar, Marta sibuk melayani tetamunya. Saudara perempuannya, Maria, duduk dekat dengan Yesus dan mendengar firman-Nya.

Lukas 10:39–40

Marta bercakap dengan Yesus.

Marta tidak senang hati kerana dia melakukan semua kerja itu sendirian. Dia berfikir Maria harus membantu dan bukannya mendengar Yesus. Marta meminta Yesus untuk memberitahu Maria supaya membantunya.

Lukas 10:40

Yesus bercakap kepada Marta.

Yesus dapat melihat betapa Marta bekerja keras. Dia tahu Marta risau tentang banyak perkara.

Lukas 10:41

Yesus mengajar Marta dan Maria.

Yesus menjelaskan bahawa ada perkara yang lebih penting daripada yang lain. Maria, Dia berkata, telah membuat pilihan yang baik untuk mendengar firman-Nya. Perkara-perkara yang dia pelajari daripada Yesus tidak akan diambil daripadanya.

Lukas 10:42