Cerita-cerita Kitab Suci
Stefanus Bersaksi tentang Yesus Kristus—Seorang hamba yang berani memberi nyawanya demi kesaksiannya


Kisah Rasul-Rasul 6–7

Stefanus Bersaksi tentang Yesus Kristus

Seorang hamba yang berani memberi nyawanya demi kesaksiannya

Dua Orang Rasul dengan ahli-ahli Gereja Yesus.

Gereja berkembang dengan cepat. Ia semakin sukar bagi para Rasul untuk menjaga semua ahli.

Kisah Rasul-Rasul 6:1–2

Seorang Rasul memberi Stefanus berkat imamat.

Para Rasul memanggil tujuh orang lelaki untuk membantu. Mereka meminta ahli-ahli untuk mencari para lelaki yang bijak dan penuh dengan Roh Kudus.

Kisah Rasul-Rasul 6:3

Stefanus menyembuhkan seorang lelaki.

Salah seorang yang mereka pilih ialah Stefanus. Para Rasul memberinya berkat. Stefanus sangat beriman dan melakukan mukjizat yang hebat di kalangan orang ramai.

Kisah Rasul-Rasul 6:5–8

Stefanus bercakap dengan imam tinggi dan pemimpin lain.

Stefanus mengajar tentang Yesus Kristus dengan kebijaksanaan dan bimbingan Roh. Tetapi para pemimpin saumaah tidak suka ajarannya. Mereka menuduh dia berbicara menentang Musa dan Tuhan. Stefanus dibawa ke hadapan imam tinggi dan para pemimpin lain.

Kisah Rasul-Rasul 6:9–15; 7:1

Stefanus mengajar para pemimpin tentang Yesus.

Muka Stefanus bersinar seperti malaikat. Dia mengingatkan para pemimpin bahawa Tuhan menghantar Musa untuk menyelamatkan orang Israel, tetapi mereka sering tidak mengikuti Musa. Stefanus berkata bahawa Musa seperti Yesus Kristus. Tuhan menghantar Yesus untuk menyelamatkan umat-Nya, tetapi para pemimpin tidak mengikuti-Nya. Para pemimpin marah terhadap Stefanus.

Kisah Rasul-Rasul 7:20–43; 51–54

Stefanus ada penglihatan tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Dipenuhi dengan Roh Kudus, Stefanus memandang ke langit. Dia melihat Yesus Kristus berdiri di sebelah Bapa Syurgawi.

Kisah Rasul-Rasul 7:55–56

Para pemimpin memegang Stefanus.

Apabila Stefanus memberitahu para pemimpin apa yang dia lihat, mereka menjadi lebih marah. Mereka menjerit dan menangkap Stefanus. Kemudian mereka mengheretnya keluar dari bandar.

Kisah Rasul-Rasul 7:57

Saulus menyaksikan kematian Stefanus.

Mereka meletakkan jubah mereka di kaki Saulus. Kemudian mereka melempar batu kepada Stefanus untuk membunuhnya. Saulus bersetuju dengan perbuatan mereka. Stefanus berdoa. Dia meminta Tuhan mengampuni mereka yang menyakitinya. Dia juga memohon agar rohnya diterima ke syurga.

Kisah Rasul-Rasul 7:59–60; 8:1