Cerita-cerita Kitab Suci
Perumpamaan Pekerja di Ladang Anggur—Sebuah pesanan harapan


Matius 20:1–16

Perumpamaan Pekerja di Ladang Anggur

Sebuah pesanan harapan

Yesus memberitahu perumpamaan tentang seorang lelaki yang mengupah beberapa pekerja untuk membantunya.

Yesus berfirman kepada para pengikut-Nya sebuah perumpamaan atau cerita untuk membantu mereka memahami apa itu kerajaan syurga. Dalam perumpamaan itu, seorang lelaki memerlukan pekerja di ladang anggurnya. Jadi, awal satu pagi, dia jumpa beberapa orang yang bersetuju untuk bekerja sepanjang hari dengan bayaran satu duit syiling. Mereka pun mula bekerja.

Matius 20:1–2

Lelaki itu mengupah lebih banyak pekerja.

Tiga jam kemudian, lelaki itu mengupah lebih banyak pekerja. Dia meminta mereka untuk bekerja di ladang anggurnya sepanjang hari. Dia berjanji untuk membayar mereka dengan adil.

Matius 20:3–4

Lelaki itu mengupah lebih banyak pekerja.

Tiga jam selepas itu, lelaki itu menemui lebih banyak orang yang memerlukan pekerjaan. Dia meminta mereka untuk bekerja di ladang anggurnya juga.

Matius 20:5

Lelaki itu mencari lebih banyak orang dan mengupah mereka untuk membantunya.

Akhirnya, pada penghujung hari, lelaki itu mendapati pekerja tidak melakukan apa-apa. Mereka berkata tiada orang yang memberi mereka sebarang kerja sepanjang hari. Lelaki itu berkata mereka boleh bekerja pada jam terakhir hari itu di ladangnya.

Matius 20:6–7

Lelaki itu membayar para pekerja, dan ada yang kecewa.

Pada penghujung hari berkerja, lelaki itu membayar para pekerja. Dia memberi satu duit syiling kepada orang yang bekerja selama satu jam. Dia juga memberi satu duit syiling kepada setiap pekerja yang lain. Orang yang telah bekerja sepanjang hari menjadi marah. Mereka berfikir mereka patut mendapat lebih banyak wang daripada orang lain.

Matius 20:8–12

Yesus mengajar tentang menjadi baik hati dan adil.

Lelaki tersebut mengingatkan para pekerja bahawa mereka bersetuju untuk bekerja sepanjang hari dengan bayaran satu duit syiling. Dia berkata mereka tidak harus marah jika dia memilih untuk berbuat baik kepada orang lain yang bekerja di ladang anggurnya.

Matius 20:13–16