Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus, Seorang Wanita, dan Perigi—Mengajar tentang air yang memberi hidup


Yohanes 4

Yesus, Seorang Wanita, dan Perigi

Mengajar tentang air yang memberi hidup

Yesus berhenti di perigi untuk mendapatkan air.

Yesus dan para pengikut-Nya sedang berjalan melalui Samaria dalam perjalanan mereka ke Galilea. Mereka berhenti untuk mendapatkan air di perigi. Ketika Yesus berehat di sana, para pengikut-Nya pergi membeli makanan.

Yohanes 4:3–8

Yesus meminta minum daripada seorang wanita di perigi.

Seorang wanita dari Samaria datang ke perigi untuk mengisi periuk airnya. Yesus meminta wanita itu untuk memberi-Nya minum. Wanita itu berasa terkejut. Yesus adalah orang Yahudi, dan kebanyakan orang Yahudi tidak bercakap dengan orang Samaria.

Yohanes 4:7–9

Yesus mengajar wanita tentang injil.

Yesus memberitahunya bahawa orang ramai yang minum air dari perigi itu akan haus semula. Tetapi Dia boleh memberinya “air yang memberi hidup” untuk kehidupan abadi, dan dia tidak akan haus lagi. Wanita itu berkata dia mahu “air yang memberi hidup” itu.

Yohanes 4:10–14

Yesus menyuruh wanita itu memanggil suaminya.

Yesus menyuruhnya untuk memanggil suaminya. “Saya tidak bersuami,” katanya. Yesus berkata dia pernah mempunyai lima orang suami, dan lelaki yang tinggal bersamanya sekarang bukan suaminya.

Yohanes 4:16–18

Yesus memberitahu wanita itu bahawa Dia ialah Juruselamat.

Wanita itu terkejut bahawa Yesus mengetahui hal-hal ini tentangnya. Dia berkata dia tahu bahawa seorang Juruselamat akan datang tidak lama lagi. Yesus memberitahunya bahawa Dia ialah Juruselamat.

Yohanes 4:19, 25–26

Yesus mengajar lebih ramai orang di perigi.

Wanita itu meninggalkan periuk airnya di perigi dan pergi ke kota. Dia memberitahu banyak orang bahawa dia telah menemui Juruselamat. Dia menjemput mereka untuk datang dan mendengar Dia mengajar. Kerana wanita ini, ramai orang Samaria percaya kepada Yesus Kristus.

Yohanes 4:28–29, 39–42