Cerita-cerita Kitab Suci
Paulus dan Silas—Diselamatkan oleh mukjizat-mukjizat daripada Tuhan


Kisah Rasul-Rasul 16:9–40

Paulus dan Silas

Diselamatkan oleh mukjizat-mukjizat daripada Tuhan

Paulus dan Silas mengembara bersama.

Tuhan memanggil Paulus dan Silas untuk mengkhutbahkan injil bersama. Mereka mengembara ke banyak kota untuk melihat keadaan gereja di sana.

Kisah Rasul-Rasul 15:40–41; 16:4–8

Paulus ada satu penglihatan.

Pada satu malam, dalam satu penglihatan, Paulus nampak seorang lelaki dari Makedonia meminta dia untuk datang ke kotanya. Paulus dan Silas pergi dengan segera. Mereka tahu Tuhan mahu mereka pergi.

Kisah Rasul-Rasul 16:9–10

Paulus dan Silas berkhutbah kepada seorang wanita bernama Lidia.

Apabila mereka sampai ke Makedonia, seorang wanita bernama Lidia mendengar mereka mengajar. Tuhan membuka hati Lidia. Dia mempercayai apa yang Paulus ajarkan dan dibaptiskan.

Kisah Rasul-Rasul 16:13–15

Lidia memberitahu Paulus dan Silas bahawa mereka boleh tinggal di rumahnya.

Lidia menjemput Paulus dan Silas untuk tinggal di rumahnya semasa mereka berada di sana.

Kisah Rasul-Rasul 16:15

Orang ramai membawa Paulus dan Silas ke pasar.

Tetapi tidak semua orang suka Paulus dan Silas berada di sana. Sesetengah orang tidak suka ajaran mereka. Mereka membawa Paulus dan Silas ke pasar dan memberitahu para pemimpin kota bahawa mereka menimbulkan masalah.

Kisah Rasul-Rasul 16:16–21

Orang ramai marah terhadap Paulus dan Silas.

Orang ramai marah terhadap Paulus dan Silas. Para pemimpin kota mengoyakkan pakaian Paulus dan Silas lalu memerintahkan supaya mereka dipukul.

Kisah Rasul-Rasul 16:22–23

Paulus dan Silas dimasukkan ke dalam penjara.

Kemudian para pemimpin kota memenjarakan Paulus dan Silas. Kaki mereka diikat dan seorang pengawal ditugaskan untuk menjaga mereka.

Kisah Rasul-Rasul 16:23–24

Rantai penjara Paulus dan Silas terlepas.

Malam itu, Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan lagu rohani kepada Tuhan sementara para tawanan lain mendengar. Tiba-tiba, tanah mula bergoncang. Pintu penjara dibuka, dan ikatan terlepas.

Kisah Rasul-Rasul 16:25–26

Paulus memberitahu pengawal tersebut untuk tidak risau.

Pengawal terjaga dan melihat pintu terbuka. Dia menyangka para tahanan telah melarikan diri dan dia akan dihukum kerana hal itu. Paulus memberitahu pengawal tersebut untuk tidak risau. Semua tahanan masih berada di situ.

Kisah Rasul-Rasul 16:27–28

Paulus memberitahu pengawal itu untuk percaya kepada Yesus Kristus.

Pengawal itu berasa takut. Dia melutut di sisi Paulus dan Silas lalu berkata, “Apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?” Mereka berkata, “Percayalah kepada Tuhan Yesus.”

Kisah Rasul-Rasul 16:27–31

Paulus dan Silas mengajarkan injil kepada pengawal dan keluarganya.

Paulus dan Silas mengajar pengawal dan keluarganya tentang injil. Pengawal itu merawat luka Paulus dan Silas. Pada malam itu, pengawal dan keluarganya telah dibaptiskan.

Kisah Rasul-Rasul 16:32–33