Roma 8:18–39
Tiada yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus
Perjanjian untuk detik kesusahan dalam kehidupan
Rom adalah sebuah kota yang amat besar dengan ramai orang. Sesetengahnya adalah pengikut Yesus Kristus, tetapi kebanyakannya bukan. Ramai orang di Roma ada kepercayaan yang sangat berbeza daripada ajaran Yesus. Kadangkala orang di Roma bersikap tidak baik terhadap ahli-ahli Gereja.
Rasul Paulus menulis surat kepada para Orang Suci di Roma. Dia mahu mereka tahu walaupun kehidupan itu kadangkala susah, Tuhan ada berkat yang besar untuk mereka. Jika kita mengasihi Tuhan, Dia boleh membantu cabaran dalam hidup kita menjadi perkara yang baik.
Roma 8:18, 28
Paulus menulis bahawa tiada yang boleh memisahkan kita daripada kasih Yesus Kristus. Tidak kira betapa susahnya cabaran kita, Dia boleh membantu kita melaluinya.
Roma 8:31, 35–39