Cerita-cerita Kitab Suci
Setan Menggoda Yesus—Satu Contoh mengatasi godaan


Matius 4:1–10

Setan Menggoda Yesus

Contoh mengatasi godaan

Yesus berjalan di padang belantara.

Selepas pembaptisan-Nya, Yesus pergi ke padang belantara untuk bersama Tuhan. Dia tidak makan selama 40 hari. Dia berpuasa dan berdoa untuk bersedia bagi misi-Nya.

Matius 4:1–2

Setan menggoda Yesus untuk menukar batu-batu menjadi roti.

Yesus sangat lapar. Setan datang dan menggoda-Nya. Dia berkata jika Yesus ialah Putera Tuhan, Dia boleh menukar batu-batu kepada roti. Yesus tidak akan melakukannya. Yesus petik daripada tulisan suci bahawa Dia hidup dengan firman Tuhan, bukan hanya dengan roti.

Matius 4:2–4

Setan menggoda Yesus untuk melompat dari tembok bait suci.

Kemudian Roh Kudus membawa Yesus ke tembok bait suci. Setan menggoda Yesus untuk melompat. Dia berkata jika Yesus ialah Putera Tuhan, para malaikat tidak akan membiarkan-Nya cedera. Yesus tidak melompat. Dia memberitahu Setan bahawa tulisan suci berkata kita tidak harus menguji Tuhan.

Matius 4:5–7

Setan menggoda Yesus untuk menyembah dia.

Kemudian, Roh Kudus membawa Yesus ke atas puncak gunung. Dari sana, Yesus dapat melihat semua kerajaan dunia. Setan datang dan berkata bahawa dia akan memberi Yesus semua kerajaan ini jika Yesus menyembahnya.

Matius 4:8–10

Yesus memberitahu Setan untuk pergi.

Yesus memberitahu Setan bahawa tulisan suci berkata kita hanya harus menyembah Tuhan. Yesus memberitahu Setan untuk pergi. Yesus pergi ke Galilea untuk mengajar injil-Nya. Dia dipenuhi dengan kuasa Roh Kudus.

Lukas 4:13–14