Pengenalan
Tentang Perjanjian Baru
Cerita tentang Yesus Kristus dan para pengikut-Nya
Alkitab mempunyai dua bahagian: Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama mempunyai tulisan para nabi sejak dahulu. Beberapa nabi ini menulis bahawa Tuhan berjanji untuk menghantar seorang Juruselamat. Dia akan menjadi Putera Tuhan dan menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian supaya kita boleh hidup bersama Tuhan lagi.
Yesaya 53:3–5; Yakub 7:11; Musa 4
Perjanjian Baru menceritakan bagaimana janji ini dipenuhi. Ia menceritakan tentang kelahiran Yesus Kristus, Putera Tuhan.
Lukas 2:4–7
Perjanjian Baru juga menceritakan tentang kehidupan Yesus. Dia hidup di kalangan orang Yahudi dan mengajar kita bagaimana untuk hidup supaya kita boleh kembali kepada Bapa Syurgawi suatu hari nanti.
Matius 5:1–2
Yesus memberkati dan melayani orang ramai. Dia melakukan banyak mukjizat untuk mereka, seperti menyembuhkan orang yang sakit dan menghidupkan semula orang yang telah mati.
Matius 4:23
Yesus memilih dua belas pengikut-Nya untuk menjadi para Rasul. Dia memberi mereka wewenang untuk memimpin Gereja-Nya.
Lukas 9:1–2
Kerana Dia mengasihi kita, Yesus mengambil ke atas diri-Nya semua kesakitan, kesedihan, dan dosa kita. Dia mati untuk kita. Kemudian, tiga hari selepas itu, Dia mengatasi kematian dan telah dibangkitkan! Yesus Kristus hidup dan kerana Dia, kita boleh bertaubat akan dosa-dosa kita dan hidup semula selepas kita mati.
Orang yang mengenali dan mengasihi Yesus menulis tentang semua ini. Para Rasul-Nya menulis surat untuk membantu ahli-ahli Gereja membina iman mereka kepada Yesus Kristus. Perkara-perkara yang mereka tulis telah disimpan selama bertahun-tahun. Sekarang anda boleh membacanya dalam Perjanjian Baru dan belajar bagaimana untuk mengikuti Yesus Kristus.
Lukas 1:1–4