Cerita-cerita Kitab Suci
Anak-anak Cahaya—Percaya kepada Yesus Kristus sambil menantikan kedatangan-Nya semula


1 dan 2 Tesalonika

Anak-anak Cahaya

Percaya kepada Yesus Kristus sambil menantikan kedatangan-Nya semula

Paulus menulis surat kepada orang ramai di Tesalonika.

Para Orang Suci pada zaman Paulus teruja menantikan hari Yesus Kristus akan kembali ke bumi. Di Tesalonika, kehidupan menjadi semakin sukar bagi para Orang Suci. Mereka bertanya jika ini bermakna Yesus akan kembali tidak lama lagi. Paulus menulis surat untuk membantu mereka.

1 Tesalonika 4:16–18; 5:1–2; 2 Tesalonika 1:4

Sekeluarga terlena.

Paulus berkata bahawa tidak seorang pun yang tahu bila Yesus akan kembali. Ia akan menjadi kejutan untuk sesetengah orang, seperti pencuri datang pada malam hari ketika mereka tidur.

1 Tesalonika 5:2–3; 2 Tesalonika 2:2

Sebuah keluarga bahagia berkumpul di bawah cahaya lampu minyak yang terang.

Namun Paulus memberitahu para Orang Suci bahawa mereka tidak berada dalam kegelapan. Oleh kerana mereka mengikuti Yesus Kristus, para Orang Suci adalah anak-anak cahaya!

1 Tesalonika 5:4–5

Keluarga bahagia berkongsi injil dengan keluarga yang lain.

Paulus menjelaskan bahawa sebelum Yesus kembali, ramai orang akan menolak kebenaran. Dia inginkan para Orang Suci, yang hidup dalam cahaya, untuk terus mengikuti Yesus dan terus menantikan kedatangan-Nya. Jika kita melakukan ini, tidak kira apa yang berlaku di dunia, kita akan bersedia apabila Yesus kembali.

1 Tesalonika 1:5; 2 Tesalonika 2:3