Cerita-cerita Kitab Suci
Hidup dengan Iman kepada Yesus Kristus—Dialah “permulaan sehingga akhir” iman kita


Ibrani 11–12

Hidup dengan Iman kepada Yesus Kristus

Dialah “permulaan sehingga akhir” iman kita

Seorang lelaki dan gadis melihat orang lain memusnahkan tembikar mereka.

Tidak selalu mudah menjadi pengikut Yesus Kristus pada zaman awal Gereja. Kadangkala orang menyindir atau mengusik ahli Gereja kerana kepercayaan mereka. Paulus ingin membantu mereka mengekalkan iman kepada Yesus Kristus.

Ibrani 10:32–39

Seorang lelaki dan gadis sedang berdoa, dengan Paulus di bahagian hadapan.

Paulus menulis sepucuk surat kepada orang Ibrani, atau orang Yahudi, Orang Suci. Dia mengajar bahawa iman bermaksud percaya dan berharap kepada sesuatu, walaupun kita tidak dapat melihatnya. Contohnya, beriman kepada Yesus Kristus bermaksud mempercayai Dia dan janji-Nya, walaupun kita belum menerima berkat yang kita harapkan.

Ibrani 11:1, 6

Gadis tersenyum semasa lelaki itu membaca cerita tentang orang yang beriman.

Untuk membantu para Orang Suci Ibrani menghadapi cabaran dengan iman, Paulus mengingatkan mereka mengenai cerita orang yang beriman kuat dalam tulisan suci.

Ibrani 11:4–40

Nuh membaca arahan untuk membina bahtera.

Contohnya, Paulus menceritakan tentang Nuh. Tuhan firmankan Nuh untuk membina sebuah bahtera untuk menyelamatkan keluarganya daripada banjir. Nuh ada iman untuk mematuhi, walaupun sebelum dia melihat hujan.

Ibrani 11:7

Abraham dan Sara meninggalkan rumah mereka.

Paulus menceritakan tentang Abraham dan Sara, yang beriman meninggalkan rumah mereka kerana Tuhan berjanji untuk memimpin mereka ke tempat yang lebih baik. Mereka juga ada iman kepada janji Tuhan bahawa mereka akan ada keluarga yang sangat besar, walaupun sudah tua dan masih belum ada anak.

Ibrani 11:8–16

Ibu dan saudari Musa menyembunyikannya di dalam bakul.

Paulus juga menceritakan tentang ibu Musa, Yokhebed. Dia beriman untuk menyembunyikan bayi Musa, untuk melindunginya daripada raja jahat.

Ibrani 11:23

Musa memerhatikan seorang orang Mesir menyeksa orang Israel.

Musa membesar di Mesir. Dia boleh menjadi kaya dan selesa. Namun dia menyerahkan semua itu kerana dia beriman kepada Tuhan dan berkat-berkat-Nya.

Ibrani 11:24–27

Musa membelah Laut Merah.

Oleh kerana imannya, Musa memimpin umat Tuhan keluar daripada perhambaan. Mereka juga merentasi Laut Merah di atas tanah kering!

Ibrani 11:29

Rahab bersama anak-anaknya.

Paulus juga menceritakan tentang Rahab. Dia ada iman untuk membantu umat Tuhan, walaupun tiada sesiapa pun di kotanya percaya kepada Tuhan. Imannya menyelamatkan keluarganya.

Ibrani 11:30–31

Lelaki dan gadis melihat periuk yang telah mereka perbaiki.

Paulus berkata banyak contoh-contoh ini boleh membantu kita beriman kepada Yesus Kristus, walaupun dalam kehidupan yang susah. Kita boleh bertaubat akan dosa-dosa kita dan memandang kepada Yesus, “permulaan sehingga akhir” iman kita. Dia sudi mati untuk kita kerana Dia tahu Korban Tebusan-Nya akan membawa kebahagiaan dan penyembuhan!

Ibrani 12:1–2