Yohanes 8:1–11
Orang Ramai Ingin Menghukum Seorang Wanita yang Berdosa
“Pergilah dan janganlah berdosa lagi”
Awal pagi itu, Yesus Kristus pergi ke bait suci di Yerusalem. Banyak orang berkumpul di sekeliling-Nya untuk mendengar Dia mengajar.
Yohanes 8:1–2
Semasa Yesus mengajar, beberapa pemimpin Yahudi membawa seorang wanita kepada Yesus. Dia telah ditangkap melanggar salah satu perintah Tuhan. Menurut hukum, wanita itu sepatutnya dihukum mati dengan cara direjam oleh orang ramai.
Yohanes 8:3–5
Para lelaki itu bertanya kepada Yesus apa yang harus berlaku kepadanya. Mereka cuba memperdaya Yesus. Mereka tahu bahawa Dia tidak mahu wanita itu terluka. Tetapi jika Yesus berkata wanita itu tidak akan dihukum, maka mereka boleh mengatakan bahawa Dia tidak mematuhi hukum itu.
Yohanes 8:6
Tetapi Yesus tidak menjawab mereka. Dia membongkok ke tanah dan menulis di atas debu. Para lelaki bertanya kepada-Nya lagi apa yang mereka harus lakukan.
Yohanes 8:6–7
Akhirnya, Yesus berdiri dan melihat di sekeliling para lelaki itu. Dia berkata bahawa jika ada di antara mereka yang tidak pernah berdosa, dia boleh menjadi orang pertama melemparkan batu kepadanya.
Yohanes 8:7
Kemudian Yesus membongkok lagi dan terus menulis di atas debu. Semua orang tahu bahawa mereka juga mempunyai dosa. Satu demi satu, mereka berjalan pergi.
Yohanes 8:8–9
Yesus melihat sekeliling dan hanya melihat wanita itu berdiri di sana. Dia bertanya kepadanya ke mana perginya semua orang yang ingin menghukumnya tadi. Dia memberitahu Yesus bahawa mereka semua telah pergi. Yesus berkata kepada wanita itu, “Pergilah dan janganlah berdosa lagi.” Sejak itu, wanita itu percaya kepada Yesus.
Yohanes 8:9–11.