Lukas 10:25–37
Perumpamaan Orang Samaria yang Baik Hati
Mengasihi sesama seperti kita mengasihi diri kita
Guru Taurat bertanya kepada Yesus bagaimana untuk menerima kehidupan abadi. Yesus bertanya kepada dia apa yang tertulis dalam tulisan suci. Guru Taurat menjawab bahawa tulisan suci mengatakan untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama. Yesus menjawab bahawa dia benar. Kemudian guru Taurat tersebut bertanya, “Siapakah sesama saya?” Yesus menjawab dengan menceritakan satu perumpamaan atau cerita.
Lukas 10:25–29
Dalam perumpamaan, seorang lelaki Yahudi dalam perjalanan dari Yerusalem ke Yerikho. Tiba-tiba, beberapa orang perompak datang. Mereka merompak pakaiannya, mencederanya dengan teruk, dan meninggalkannya di sana.
Lukas 10:30
Tidak lama kemudian, seorang imam datang melalui jalan itu. Imam bekerja di bait suci. Dia nampak lelaki itu tetapi tidak berhenti dan terus berjalan.
Lukas 10:31
Kemudian datang seorang lelaki lain yang juga bekerja di bait suci, dipanggil orang Lewi. Dia nampak lelaki yang cedera itu, tetapi tidak berhenti dan terus berjalan juga.
Lukas 10:32
Kemudian orang Samaria lalu di situ. Dia melihat bahawa lelaki di jalan itu cedera parah. Orang Samaria dan orang Yahudi biasanya tidak bergaul dengan baik. Tetapi orang Samaria ini mahu membantu lelaki itu juga.
Lukas 10:33
Orang Samaria merawat lelaki itu dengan menyapu minyak dan wain pada luka lelaki itu. Dia menaikkan lelaki itu ke atas keldainya.
Lukas 10:34
Kemudian orang Samaria membawa lelaki itu ke sebuah rumah tumpangan, di mana dia boleh berehat dan sembuh. Sebelum orang Samaria pergi keesokan harinya, dia memberi wang kepada tuan rumah tumpangan dan berkata, “Rawatlah dia.” Orang Samaria berkata dia akan kembali dalam beberapa hari dengan lebih banyak wang.
Lukas 10:34–35
Pada akhir cerita, Yesus bertanya kepada guru Taurat satu soalan. Siapakah yang membantu lelaki yang cedera itu? Imam, orang Lewi, atau orang Samaria? Guru Taurat berkata bahawa orang yang telah menunjukkan kasih kepada lelaki itu—orang Samaria. Yesus berkata kepada guru Taurat untuk pergi dan menjadi seperti orang Samaria.
Lukas 10:36–37