1 Korintus 15
Semua Orang Akan Dihidupkan Semula Kerana Tergolong Satu Dengan Kristus
Paulus mengajar tentang kebangkitan
Beberapa ahli Gereja di kota yang dipanggil Korintus mempunyai soalan mengenai apa yang akan berlaku selepas kita mati. Mereka tidak pasti jika Yesus benar-benar telah dibangkitkan. Ada yang berkata bahawa kebangkitan tidak berlaku. Paulus mendengar tentang hal ini dan menulis surat kepada para Orang Suci di Korintus.
1 Korintus 15:12–14
Paulus menulis bahawa Kebangkitan Yesus Kristus adalah bahagian penting dalam injil-Nya. “Kristus mati kerana dosa kita,” Paulus berkata, dan “pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.” Lebih daripada 500 orang telah melihat-Nya selepas Kebangkitan-Nya, termasuk Paulus dan para Rasul yang lain.
1 Korintus 15:1–8
Paulus mengajar bahawa jika Kristus tidak dibangkitkan, kita semua akan sedih dan putus harapan. Disebabkan Kejatuhan Adam, kita semua akan mati, tetapi disebabkan Yesus Kristus, kita semua juga akan dibangkitkan!
1 Korintus 15:17–22
Paulus mengingatkan para Orang Suci di Korintus bahawa orang ramai dibaptiskan bagi orang yang telah meninggal. Mengapa kita perlu melakukannya jika orang yang telah meninggal tidak akan bangkit semula? Kita dibaptiskan bagi orang mati kerana kita tahu semua orang akan hidup semula. Ini memberi mereka peluang untuk menerima berkat-berkat Tuhan.
1 Korintus 15:29
Sesetengah Orang Suci di Korintus bertanya bagaimana rupa tubuh kita apabila kita dibangkitkan. Paulus berkata badan kita akan menjadi mulia. Ia tidak akan menjadi lemah, berpenyakit atau berusia. Sesetengah orang akan mempunyai tubuh selestial, bersinar terang seperti matahari. Yang lain akan bercahaya seperti bulan, dan ada pula yang bercahaya seperti bintang-bintang.
1 Korintus 15:35, 40–43; Ajaran dan Perjanjian 76:96–98; 88:20–23