Matius 5–7
Yesus Mengajar Khutbah di atas Bukit
Membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi kita
Yesus dan para pengikut-Nya pergi ke sebuah gunung berhampiran Laut Galilea. Di sana Yesus mengajar mereka bagaimana kita boleh menjadi gembira dan menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi kita.
Matius 5:1–2
Yesus mengajar bahawa orang akan diberkati dan berasa gembira apabila mereka rendah hati, murni hati, dan berusaha melakukan apa yang benar. Orang yang mengampuni orang lain boleh diampuni. Orang yang membawa damai akan dipanggil anak-anak Tuhan.
Matius 5:3–9
Yesus berfirman bahawa para pengikut-Nya adalah cahaya bagi dunia—seperti sebuah kota di atas bukit yang semua orang dapat lihat. Kita tidak harus menyembunyikan cahaya kita.
Matius 5:14
Apabila kita ikuti Yesus, kita seperti lilin yang memberi cahaya kepada semua orang di dalam bilik. Pekerjaan baik kita dapat membantu orang percaya kepada Bapa Syurgawi.
Matius 5:15–16
Yesus berfirman bahawa kita harus mengasihi semua orang—bahkan orang yang tidak mengasihi kita. Kita harus berdoa untuk mereka. Yesus mengajar kita harus berusaha untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita. Dia mengajar apabila kita membantu orang, kita tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kita lakukan. Tuhan melihat perkara baik yang kita lakukan, dan Dia akan memberkati kita.
Matius 5:38–48; Matius 6:1–4
Apabila kita berdoa, kita tidak harus risau tentang apa yang orang lain fikir tentang kita. Kita tidak sepatutnya mengulang kata-kata yang sama setiap kali jika kita benar-benar tidak maksudkannya. Kita harus berbicara daripada hati kita. Bapa Syurgawi mendengar doa-doa kita dan tahu apa yang kita perlu. Walaupun tidak ada orang lain yang dapat mendengar kita, Dia akan mendengar.
Matius 6:5–8
Yesus mengajar bahawa kita tidak harus berfikir kita lebih baik daripada orang lain. Kita harus ingat kita semua ada cabaran. Daripada menghakimi orang lain, kita harus fikir tentang bagaimana kita boleh menjadi lebih baik. Kita harus memperlakukan orang lain seperti mana kita ingin diperlakukan.
Matius 7:1–5, 12
Yesus kemudian bercerita tentang seorang lelaki yang kurang bijaksana yang membina rumahnya di atas pasir dan seorang lelaki yang bijaksana yang membina rumahnya di atas batu. Apabila ribut hujan datang, rumah di atas pasir roboh, dan rumah di atas batu tetap teguh. Yesus berfirman jika kita mendengar ajaran-ajaran-Nya dan mengikutinya, kita seperti orang bijaksana.
Matius 7:24–28