Lukas 24:13–25
Yesus Menghiburkan Dua Pengikut
Berjalan bersama di jalan ke Emaus
Pada hari Yesus dibangkitkan, dua pengikut sedang berjalan dari Yerusalem ke sebuah kota bernama Emaus. Mereka ialah pengikut Yesus, dan mereka sedih. Mereka bercakap sesama merela tentang kematian Yesus dan peristiwa lain yang telah berlaku dalam beberapa hari yang lalu.
Lukas 24:13–14
Semasa mereka berjalan, Yesus datang dan berjalan bersama mereka, tetapi mereka tidak tahu ia adalah Yesus. Dia bertanya apa yang mereka bincangkan dan mengapa mereka sedih.
Lukas 24:15–17
Mereka terkejut Dia tidak tahu apa yang telah berlaku. Mereka memberitahu Dia tentang Yesus. Mereka fikir Yesus akan menjadi Juruselamat mereka, tetapi Dia telah mati.
Lukas 24:18–21
Mereka juga berkata bahawa beberapa wanita telah pergi ke kubur-Nya, tetapi tubuh Yesus telah hilang. Para malaikat telah memberitahu para wanita bahawa Yesus telah hidup.
Lukas 24:21–24
Yesus kemudian mengajar mereka apa yang tertulis dalam tulisan suci tentang Juruselamat. Dia berkata para nabi telah mengajar bahawa Juruselamat akan mati dan bangkit semula.
Lukas 24:25–27
Apabila mereka sampai ke Emaus, ia semakin lewat. Dua pengikut itu menjemput Yesus untuk tinggal bersama mereka. Yesus duduk untuk makan bersama mereka. Dia mengambil roti, memberkatinya, dan memberikannya kepada para pengikut. Pada saat itu, mereka sedar orang itu adalah Yesus. Tiba-tiba Dia lenyap.
Lukas 24:29–31
Dua pengikut itu bercakap tentang betapa hangatnya perasaan dalam hati mereka semasa Yesus sedang mengajar mereka daripada tulisan suci. Mereka kembali ke Yerusalem untuk memberitahu para pengikut lain bahawa mereka telah melihat Yesus.
Lukas 24:32–35