Markus 12:41–44
Seorang Balu dan Dua Duit Syiling Kecil
Yesus mengajar tentang pengorbanan
Yesus pergi ke bait suci di Yerusalem. Semasa Dia berada di sana, Dia memerhatikan orang ramai memberi wang untuk kerja bait suci. Banyak orang kaya memberikan wang yang banyak.
Markus 12:41
Kemudian seorang balu yang miskin memberi dua duit syiling yang dipanggil tembaga. Itu tidak banyak, tetapi ia adalah kesemua wang yang dia ada.
Markus 12:42, 44
Yesus melihat balu itu dan meminta para pengikut-Nya untuk datang melihat apa yang dia telah lakukan.
Markus 12:43
Yesus berfirman bahawa balu itu telah memberikan lebih daripada sesiapa pun. Orang kaya telah memberikan banyak wang, tetapi ia hanya sebahagian kecil daripada apa yang mereka ada. Balu itu hanya memberi sedikit wang, tetapi dia memberikan semua yang dia ada.
Markus 12:43–44