Roma 3:21–28; 5:1–11; 6:3–6
Bergantung kepada Yesus Kristus untuk Keselamatan
Diselamatkan melalui rahmat-Nya
Orang ramai dari pelbagai tempat menyertai Gereja Yesus Kristus. Para ahli Gereja dipanggil Orang Suci.
Roma 1:7
Sesetengah Orang Suci ialah orang Yahudi yang masih mematuhi hukum Musa. Namun, yang lain tidak. Mereka tidak boleh bersetuju sama ada mereka perlu mematuhi hukum Musa.
Roma 2:14–15, 23–29
Paulus tahu bahawa para Orang Suci mempunyai soalan-soalan ini. Dia menulis surat kepada para Orang Suci di Roma. Dia memberitahu mereka bahawa seseorang tidak boleh diselamatkan hanya dengan cuba menuruti hukum Musa. Kita semua berdosa, dia menjelaskan. Untuk diselamatkan, semua orang perlu beriman kepada Yesus Kristus dan mengikuti-Nya.
Roma 3:20–23
Paulus mengajar bahawa Tuhan menghantar Yesus Kristus untuk menanggung dosa kita. Oleh kerana Yesus Kristus, kita boleh bertaubat dan dosa kita diampuni.
Roma 3:24–31
Paulus mengajar bahawa Yesus Kristus memberi kita kurnia pengampunan dan kekuatan berbuat baik. Kurnia penuh kasih ini dipanggil rahmat Yesus Kristus, dan ia memberi kita harapan serta kebahagiaan. Paulus berkata bahawa apabila kita dibaptis, sama seperti Yesus, itu permulaan kehidupan baharu sebagai pengikut-Nya.
Roma 5:1–11; 6:3–6