Cerita-cerita Kitab Suci
Paulus Membandingkan Gereja dengan Tubuh Kristus—Mengajar tentang kurnia rohani, kesatuan, dan kasih ihsan


1 Korintus 12–13

Paulus Membandingkan Gereja dengan Tubuh Kristus

Mengajar tentang kurnia rohani, kesatuan, dan kasih ihsan

Paulus menulis sepucuk surat, dengan orang Korintus di latar belakang.

Korintus merupakan sebuah kota yang besar dan sibuk. Banyak ahli Gereja Yesus Kristus tinggal di sana. Tetapi mereka semua berasal dari tempat yang berbeza dan sangat berlainan antara satu sama lain. Paulus ingin membantu mereka bersatu dan melihat kebaikan dalam diri masing-masing. Oleh sebab itu, dia menulis surat kepada mereka.

1 Korintus 1:11–13

Orang di Korintus dengan kurnia berbeza daripada Tuhan.

Dalam suratnya, Paulus memberitahu para Orang Suci bahawa mereka semua ada kurnia istimewa daripada Tuhan. Sesetengah orang ada kurnia iman. Yang lain ada kurnia melakukan mukjizat. Ada yang bijak, dan ada yang boleh menyembuhkan yang lain. Sesetengah orang boleh bercakap bahasa lain. Semua Orang Suci ada kurnia yang berbeza, dan semuanya datang daripada Tuhan.

1 Korintus 12:3–11, 29–30

Orang di Korintus dibaptiskan.

Paulus mengajar bahawa walaupun para Orang Suci ada perbezaan, iman mereka kepada Yesus menyatukan mereka. Apabila mereka memutuskan untuk mengikuti ajaran Yesus, dibaptiskan, dan menyertai Gereja-Nya, mereka menjadi satu kumpulan, bersatu dalam Yesus Kristus.

1 Korintus 12:27

Dua orang sedang berkongsi roti; dua orang berjalan bersama; seorang ibu dan anak-anaknya.

Paulus berkata bahawa Gereja seperti tubuh badan, ada kepala, tangan, kaki, dan tapak kaki. Setiap bahagian tubuh melakukan perkara yang berbeza. Telinga tidak sepatutnya berasa sedih kerana ia berbeza daripada mata. Dan kepala tidak boleh berkata kepada kaki, “Aku tidak memerlukan kamu.” Setiap bahagian amat penting, dan mereka semua bekerjasama.

1 Korintus 12:12–14

Orang di Korintus berkumpul bersama.

Paulus memanggil para Orang Suci di Korintus “tubuh Kristus.” Dia mahu mereka bekerjasama umpama bahagian-bahagian tubuh, menggunakan kurnia mereka yang berbeza untuk saling membantu dan memberkati.

1 Korintus 12:15–27

Paulus menulis surat; Yesus memberikan roti kepada seorang lelaki.

Untuk lakukan ini, mereka memerlukan kasih yang istimewa, iaitu kasih ihsan. Kasih yang Yesus Kristus ada untuk semua orang. Paulus berkata mempunyai kasih ihsan bermaksud bersabar dengan orang lain, walaupun mereka tidak bersikap baik. Ia bermaksud tidak bersikap kasar, mementingkan diri, atau cemburu. Ia bermaksud mengasihi kebenaran dan mempunyai harapan.

1 Korintus 13:1–7; Moroni 7:47

Seorang lelaki memberikan roti kepada seorang wanita.

Paulus memberitahu para Orang Suci di Korintus bahawa kasih ihsan kekal selamanya. Tidak kira apa kurnia lain yang kita mungkin ada, kita semua perlu ada kasih ihsan. Sesiapa di antara kita boleh ada kasih ihsan jika kita meminta daripada Bapa Syurgawi dengan sepenuh hati, dan cuba menjadi pengikut sejati Yesus Kristus.

1 Korintus 13:1–3, 8; Moroni 7:48