Kisah Rasul-Rasul 9:36–42
Tabita, seorang Wanita “Melakukan Hal-hal Baik”
Dihidupkan semula oleh kuasa Yesus Kristus
Tabita seorang pengikut setia Yesus Kristus. Dia tinggal di sebuah kota di tepi laut, yang dipanggil Yope. Dia suka melayani dan membantu orang yang miskin.
Kisah Rasul-Rasul 9:36
Tabita membuat pakaian dan memberikannya kepada para wanita yang memerlukan. Mereka mengasihi Tabita.
Kisah Rasul-Rasul 9:39
Suatu hari, Tabita jatuh sakit. Dia sakit tenat hingga meninggal dunia.
Kisah Rasul-Rasul 9:37
Ahli-ahli Gereja yang lain di Yope berasa amat sedih. Mereka tahu Petrus, salah seorang Rasul Yesus, berada di sebuah kota berdekatan. Mereka menghantar dua orang lelaki untuk meminta Petrus segera datang kepada mereka.
Kisah Rasul-Rasul 9:38
Petrus tiba di tempat tubuh Tabita berada. Beberapa wanita yang pernah dibantu oleh Tabita berada di sana. Mereka menunjukkan kepada Petrus pakaian yang telah dibuatnya untuk mereka.
Kisah Rasul-Rasul 9:39
Petrus meminta semua orang untuk meninggalkan bilik itu. Dia berlutut dan berdoa.
Kisah Rasul-Rasul 9:40
Selepas berdoa, Petrus berkata, “Tabita, bangunlah.” Dia membuka matanya dan duduk. Petrus membantu Tabita berdiri. Tabita hidup semula! Petrus memanggil kawan-kawannya untuk melihatnya. Mereka terpegun! Mereka tahu bahawa dia telah dihidupkan semula melalui kuasa Yesus Kristus. Lebih ramai yang percaya kepada-Nya.
Kisah Rasul-Rasul 9:40–42