Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Dibaptiskan—Menetapkan teladan kepatuhan kepada Tuhan


Matius 3

Yesus Dibaptiskan

Menetapkan teladan kepatuhan kepada Tuhan

Ilustrasi Yohanes Pembaptis.

Tuhan memanggil Yohanes untuk membantu orang bersedia untuk kedatangan Yesus Kristus. Yohanes mengajar mereka untuk bertaubat dan dibaptiskan. Orang ramai memanggilnya Yohanes Pembaptis.

Matius 3:1–12

Yesus datang kepada Yohanes untuk dibaptiskan.

Yohanes seorang pengajar yang berkuasa. Ramai orang datang untuk mendengarnya dan dibaptiskan. Suatu hari, Yesus datang untuk dibaptiskan.

Matius 3:5, 13

Yesus dan Yohanes bercakap bersama.

Yohanes tahu bahawa Yesus selalu mematuhi Tuhan. Dia tidak perlu bertaubat. Yohanes tidak berfikir dia harus membaptiskan Yesus. Yohanes fikir Yesus harus membaptiskannya!

Matius 3:14

Yohanes membaptiskan Yesus.

Yesus berfirman bahawa Dia juga perlu dibaptiskan. Dia ingin mematuhi semua perintah Bapa-Nya. Dia juga ingin menjadi teladan bagi kita. Yohanes membaptiskan Yesus.

Matius 3:13–15; 2 Nefi 31:5–7

Yesus dibaptiskan. Roh Kudus turun.

Selepas Yesus keluar dari air, Roh Kudus turun kepada-Nya seperti burung merpati. Bapa Syurgawi berbicara dari syurga, mengatakan, “Inilah Putera-Ku yang Ku-kasihi.” Bapa Syurgawi sangat gembira dengan Yesus.

Matius 3:16–17