Matius 18:21–34
Perumpamaan tentang Hamba yang Tidak Mahu Mengampuni
Yesus mengajar tentang pengampunan
Suatu hari, Petrus bertanya kepada Yesus satu soalan yang penting. Dia ingin tahu berapa kali dia harus mengampuni orang apabila mereka berdosa. “Tujuh kalikah?” Petrus bertanya. Yesus menjawab soalan Petrus dengan menceritakan satu cerita atau perumpamaan.
Matius 18:15–21
Dalam cerita itu, ada seorang raja yang ada ramai hamba. Salah seorang hamba berhutang kepada raja wang sepuluh ribu. Itu wang yang banyak!
Matius 18:23–24
Hamba itu tidak akan dapat membayar balik kepada raja. Raja berkata bahawa dia akan menjual hamba itu dan keluarganya untuk membayar hutang.
Matius 18:25
Apabila hamba itu mendengarkan hal ini, dia berlutut. Dia merayu kepada raja untuk memberinya lebih banyak masa. “Bersabarlah terhadap hamba.” katanya, “Hamba akan melunaskan segala hutang hamba.”
Matius 18:26
Raja berbelas kasihan terhadap hamba itu. Dia memutuskan untuk mengampuninya. Hamba itu tidak perlu membayar balik wang itu. Dia bebas untuk pergi!
Matius 18:27
Kemudian hamba itu pergi dan menemui seorang lelaki yang berhutang kepadanya sejumlah wang yang kecil. Dia memegang lelaki itu dan berkata, “Lunaskan semua hutangmu.”
Matius 18:28
Lelaki itu berlutut. “Bersabarlah,” katanya, “aku akan melunaskan hutangku!” Tetapi hamba itu tidak mengampuninya. Dia menghantarnya ke penjara.
Matius 18:29–30
Apabila raja tahu akan apa yang telah berlaku, dia minta untuk menemui hamba itu. Raja mengingatkan hambanya bahawa dia telah diampuni daripada hutang yang sangat besar. Dia memberitahu hambanya bahawa dia juga sepatutnya mengampuni orang yang berhutang kepadanya.
Matius 18:31–33
Kita semua menanggung hutang yang tidak mungkin kita bayar sendiri. Yesus menjelaskan kepada Petrus bahawa Tuhan mengampuni kita, jadi kita juga harus mengampuni orang lain. Dan kita tidak seharusnya berhenti selepas tujuh kali tetapi harus sentiasa bersedia untuk mengampuni.
Matius 18:22, 34–35; lihat juga Matius 6:14; Ajaran dan Perjanjian 64:9–10