Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus dan Pemuda yang Kaya—“Apakah yang harus saya lakukan untuk memperoleh kehidupan abadi?”


Markus 10:17–31

Yesus dan Pemuda yang Kaya

“Apakah yang harus saya lakukan untuk memperoleh kehidupan abadi?”

Seorang pemuda berlari kepada Yesus.

Semasa Yesus dan para pengikut-Nya melakukan perjalanan, seorang pemuda yang kaya datang berlari kepada Yesus dan berlutut di hadapan-Nya. Dia bertanya kepada Yesus apa yang harus dia lakukan untuk dapat hidup bersama Bapa Syurgawi semula.

Markus 10:17

Yesus mengingatkan pemuda itu tentang perintah-perintah.

Juruselamat mengingatkan pemuda itu bahawa dia sudah tahu perintah-perintah Tuhan: jangan membunuh, jangan berbohong atau mencuri, dan hormati bapa dan ibumu.

Markus 10:19

Pemuda itu menjawab Yesus.

Pemuda itu menjawab bahawa dia sentiasa mematuhi perintah-perintah ini, sejak dia masih kanak-kanak.

Markus 10:20

Yesus mengajar pemuda itu.

Yesus memandang pemuda itu dengan kasih. Dia memberitahunya bahawa dia perlu melakukan satu perkara lagi. Dia perlu menjual semua harta miliknya, memberikannya kepada orang miskin dan menjadi pengikut Yesus. Kemudian dia akan memiliki harta di syurga!

Markus 10:21

Pemuda itu berjalan pergi.

Pemuda itu sangat kaya. Dia tidak mahu menyerahkan segala yang dia miliki. Dia berjalan pergi dengan perasaan sedih.

Markus 10:22

Yesus menjelaskan bahawa kita perlu mempercayai Tuhan, bukan kekayaan.

Yesus berkata bahawa lebih mudah seekor unta memasuki lubang jarum daripada orang yang mencintai kekayaan untuk masuk ke dalam kerajaan Tuhan. Para pengikut terkejut. “Siapakah yang dapat diselamatkan?” mereka bertanya. Yesus menjelaskan bahawa kita perlu mempercayai Tuhan untuk diselamatkan. “Tidak mustahil bagi Tuhan ,” kata-Nya.

Markus 10:23–30