Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memilih Para Rasul-Nya—Jemputan untuk menjadi “penjala orang”


Matius 10; Lukas 5:1–11; 6:12–16

Yesus Memilih Para Rasul-Nya

Jemputan untuk menjadi “penjala orang”

Yesus mengajar orang ramai di Laut Galilea.

Suatu hari, orang ramai datang ke Laut Galilea untuk mendengar Yesus mengajar. Yesus mengajar mereka dari perahu manakala mereka mendengar di pantai. Perahu tersebut milik seorang nelayan yang bernama Simon.

Lukas 5:1–3

Yesus berbicara dengan Simon.

Apabila Yesus selesai mengajar, Dia meminta Simon untuk membawa perahu ke bahagian laut yang dalam. Dia menyuruh Simon memasang jala di dalam air untuk menangkap ikan. Simon berkata bahawa dia telah memancing sepanjang malam dan tidak menangkap seekor ikan pun. Tetapi kerana Yesus memintanya, dia akan cuba lagi.

Lukas 5:4–5

Simon dan kawan-kawannya menangkap banyak ikan.

Simon menangkap begitu banyak ikan sehingga jalanya koyak! Dia memanggil kawan-kawannya yang berada di perahu lain untuk datang dan membantu. Mereka hampir tenggelam setelah perahu-perahu itu penuh dengan ikan. Simon dan kawan-kawannya kagum!

Lukas 5:6–7, 9

Simon berlutut di hadapan Yesus.

Simon berlutut di hadapan Yesus. Dia berkata, “Ya Tuhan! Aku orang berdosa!” Dia tahu bahawa Yesus diutus oleh Tuhan. Yesus berkata kepadanya untuk jangan takut.

Lukas 5:8

Yesus menjemput Simon, Andreas, Yakobus, dan Yohanes untuk mengikuti-Nya.

Yesus menjemput Simon, adiknya Andreas, dan kawan-kawannya, Yakobus dan Yohanes, untuk mengikuti-Nya. Daripada menangkap ikan, mereka akan membantu orang ramai datang kepada Yesus.

Markus 1:16–17; Lukas 5:10–11

Yesus memberi para Rasul-Nya wewenang imamat untuk memimpin Gereja.

Simon, Yakobus, dan Yohanes meninggalkan perahu-perahu mereka dan menjadi para Rasul Yesus. Kemudian, Yesus memberi Simon nama Petrus. Seorang Rasul adalah saksi istimewa Yesus Kristus. Yesus memanggil 12 orang lelaki untuk menjadi para Rasul-Nya. Dia berdoa untuk tahu siapa yang harus Dia panggil. Dia memberi para Rasul-Nya wewenang imamat untuk memimpin Gereja-Nya.

Matius 10; Lukas 6:12–16; 9:1–2

Seorang Rasul menyembuhkan kanak-kanak.

Kerana para Rasul mempunyai kuasa daripada Tuhan, mereka boleh menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang yang sudah mati, dan melakukan mukjizat yang lain.

Matius 10:8

Yesus mengajar sekumpulan orang. Sesetengah orang kecewa dengan ajaran-Nya.

Yesus menghantar para Rasul-Nya ke banyak kota untuk mengajar orang tentang injil-Nya. Dia berkata bahawa Roh Kudus akan membantu mereka tahu apa yang harus dikatakan. Yesus berkata bahawa sesetengah orang tidak suka apa yang mereka ajarkan, tetapi semasa mereka melayani dengan setia, Tuhan akan bersama mereka.

Matius 10:5–7, 19–22