Cerita-cerita Kitab Suci
Zakheus Pemungut Cukai—Memanjat pokok untuk melihat Yesus


Lukas 19:1–10

Zakheus Pemungut Cukai

Memanjat pokok untuk melihat Yesus

Zakheus memungut cukai.

Yesus mengunjungi kota Yerikho. Seorang lelaki bernama Zakheus tinggal di sana. Zakheus seorang pemungut cukai yang kaya. Kebanyakan orang tidak suka pemungut cukai. Mereka menganggap pemungut cukai mengambil terlalu banyak wang daripada rakyat.

Lukas 19:1–2

Zakheus cuba melihat Yesus dalam kalangan orang ramai.

Zakheus terdengar bahawa Yesus berada di kota itu. Dia ingin belajar lebih tentang Yesus. Dia cuba melihat Yesus, tetapi dia tidak dapat kerana ramai orang di sekeliling-Nya, dan Zakheus terlalu pendek untuk melihat melepasi mereka. Bagaimanakah dia akan dapat melihat Yesus?

Lukas 19:3–4

Zakheus memanjat pokok supaya dia dapat melihat Yesus.

Zakheus berlari ke hadapan dan memanjat pokok supaya dia dapat melihat Yesus. Ketika Yesus lalu, Dia memandang ke atas dan melihat Zakheus di pokok itu. Yesus memanggil nama-Nya dan berkata, “Turunlah.” Yesus ingin menumpang di rumahnya. Zakheus turun dengan segera dari pokok itu. Dia sangat gembira kerana Yesus datang ke rumahnya.

Lukas 19:4–6

Yesus mengunjungi Zakheus di rumahnya.

Orang ramai di Yerikho tertanya-tanya mengapa Yesus mahu pergi ke rumah Zakheus. Mereka menyangka Zakheus seorang yang berdosa kerana dia seorang pemungut cukai.

Lukas 19:7

Yesus bercakap dengan Zakheus dan keluarganya.

Zakheus memberitahu Yesus, “Saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin.” Dia berkata sesiapa sahaja yang pernah dia tipu, akan dia bayar kembali empat kali ganda. Yesus memberitahu Zakheus, “Pada hari ini Tuhan telah menyelamatkan kamu dan keluargamu.” Yesus berkata bahawa Dia telah datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.

Lukas 19:6, 8–10