Yohanes 21; Matius 28:16–20; Markus 16:15–19
Yesus Meminta Para Rasul untuk Memelihara Domba-domba-Nya
Menunjukkan kasih kepada Yesus dengan mengajar orang lain tentang Dia
Selepas Yesus bangkit, Petrus dan beberapa Rasul lain pergi menjala ikan. Walaupun mereka menjala ikan sepanjang malam, mereka tidak menangkap apa-apa.
Yohanes 21:1–3
Keesokan paginya, para Rasul melihat Yesus di pantai, tetapi mereka tidak tahu itu ialah Dia. Dia bertanya jika mereka telah mendapat ikan. Mereka berkata tidak ada.
Yohanes 21:4–5
Yesus berkata kepada para Rasul untuk melemparkan jala mereka ke sebelah kanan kapal dan mereka akan menangkap ikan. Para Rasul melakukan apa yang Yesus katakan, dan lebih daripada seratus ikan memenuhi jala itu! Jala itu sangat berat dengan ikan sehingga para Rasul tidak dapat menariknya ke dalam perahu.
Yohanes 21:6
Kemudian Yohanes sedar siapa lelaki itu. Dia memberitahu Petrus, “Dia Tuhan.” Petrus melompat ke laut dan berenang ke arah Yesus. Para rasul yang lain membawa perahu dan ikan ke pantai. Yesus sedang memasak beberapa roti dan ikan, dan Dia menjemput para Rasul untuk makan bersama-Nya.
Yohanes 21:7–13
Selepas mereka makan, Yesus bertanya kepada Petrus, “Adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” Petrus berkata ya. Kemudian Yesus berfirman, “Peliharalah anak-anak domba-Ku.”
Yohanes 21:15
Kemudian Yesus menanya Petrus lagi jika dia mengasihi-Nya. Sekali lagi, Petrus berkata ya. Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah domba-domba-Ku.”
Yohanes 21:16
Yesus menanya Petrus untuk kali ketiga jika dia mengasihi-Nya. Petrus berkata, “Ya Tuhan, Tuhan mengetahui semuanya. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya lagi, “Peliharalah domba-domba-Ku.” Dia mahu Petrus menjaga orang yang mengikuti Yesus.
Yohanes 21:17
Kemudian, Yesus meminta para Rasul-Nya untuk bertemu dengan-Nya di sebuah gunung. Di sana Dia meminta mereka untuk berkongsi injil-Nya di seluruh dunia, mengajar orang ramai perintah-Nya, dan membaptis semua orang yang percaya. “Kamu akan menjadi saksi bagi-Ku,” Dia berkata. Dia berjanji bahawa Dia akan bersama mereka dan memberi mereka kuasa melalui Roh Kudus.
Matius 28:16–20; Markus 16:15–19; Kisah Rasul-Rasul 1:8
Kemudian Yesus naik ke langit dalam awan. Dia kembali kepada Bapa Syurgawi-Nya. Semasa para Rasul memerhatikan-Nya pergi, dua malaikat muncul. Mereka berkata bahawa sepertimana Yesus telah naik ke syurga, Dia akan kembali ke bumi dengan cara yang sama suatu hari nanti.
Kisah Rasul-Rasul 1:9–11