Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memberi Makan Ribuan Orang—Dia ialah Roti Kehidupan


Matius 14:13–21; Yohanes 6

Yesus Memberi Makan Ribuan Orang

Dia ialah Roti Kehidupan

Yesus meluangkan masa bersendirian.

Yesus mendapat tahu bahawa Yohanes Pembaptis telah dibunuh. Dia pergi ke satu tempat yang jauh dari kota supaya Dia boleh bersendirian.

Matius 14:13

Yesus bercakap dengan sekumpulan orang.

Apabila orang ramai mendengar di mana Yesus telah pergi, mereka mengikuti-Nya. Yesus melihat mereka, dan Dia mengasihi mereka. Dia menghabiskan sepanjang hari memberkati dan menyembuhkan mereka.

Matius 14:13–14

Yesus meminta para Rasul untuk memberi orang ramai sesuatu untuk dimakan.

Menjelang penghujung hari, orang ramai mula lapar. Para Rasul menyangka bahawa Yesus harus menyuruh orang ramai kembali ke kota untuk mendapatkan makanan. Tetapi Yesus mahu mereka tinggal. Dia meminta para Rasul untuk memberi orang ramai sesuatu untuk dimakan.

Matius 14:15–16

Andreas menemui seorang budak lelaki yang mempunyai sedikit makanan.

Rasul Andreas menemui seorang budak lelaki yang mempunyai lima roti dan dua ikan kecil untuk diberikan kepada orang ramai. Tetapi terdapat 5,000 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang perlu makan. Bagaimanakah mereka boleh memberi makan kepada ramai orang dengan sedikit makanan?

Matius 14:17, 21; Yohanes 6:8–10

Yesus berdoa dan memberkati makanan itu.

Yesus meminta para Rasul untuk membawa makanan itu kepada-Nya. Dia memberitahu orang ramai untuk duduk di atas rumput. Kemudian Yesus berdoa untuk berterima kasih kepada Bapa Syurgawi untuk roti dan ikan dan memberkatinya. Kemudian Dia membahagikan roti dan ikan itu kepada kepingan-kepingan kecil.

Matius 14:18–19; Yohanes 6:10–11

Para Rasul mengagihkan makanan tersebut kepada orang ramai.

Yesus meminta para Rasul-Nya untuk memberikan roti dan ikan kepada orang ramai. Semua orang makan, dan semua orang kenyang. Selepas mereka makan, masih ada 12 buah bakul yang penuh dengan sisa makanan!

Matius 14:20; Yohanes 6:11–13

Orang ramai kembali, mencari lebih banyak makanan.

Keesokan harinya, orang ramai kembali dan menemui Yesus lagi. Tetapi Yesus tahu bahawa ramai di antara mereka hanya mengikuti Dia kerana Dia telah memberi mereka makanan. Yesus mengingatkan mereka bahawa makanan hanya bertahan untuk seketika. Dia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepada mereka.

Yohanes 6:14, 24–27

Yesus mengajar bahawa Dia ialah Roti Kehidupan.

Yesus berfirman, “Akulah roti yang memberikan hidup.” Roti memberi kita kehidupan di bumi. Tetapi Yesus Kristus dapat memberi kita kehidupan abadi dengan Bapa Syurgawi.

Yohanes 6:35–58

Orang ramai kecewa dengan apa yang Yesus ajarkan.

Ramai orang tidak suka apa yang Yesus cuba ajarkan. Mereka pergi dan memutuskan untuk tidak mengikuti Yesus lagi.

Yohanes 6:60, 66

Petrus memberitahu Yesus bahawa para Rasul tidak akan meninggalkan-Nya.

Kemudian Yesus berkata kepada para Rasul-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?” Petrus menjawab “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.” Para Rasul tidak pergi. Mereka tahu bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Putera Tuhan.

Yohanes 6:67–69