Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Menyembuhkan Seorang Wanita pada hari Sabat—Berbuat baik pada hari kudus-Nya


Matius 12:1–12; Lukas 13:10–17

Yesus Menyembuhkan Seorang Wanita pada hari Sabat

Berbuat baik pada hari kudus-Nya

Yesus dan para pengikut-Nya berjalan melalui padang.

Yesus dan para pengikut-Nya sedang berjalan melalui padang gandum pada hari Sabat. Mereka lapar, jadi mereka memetik sedikit gandum dan memakannya. Beberapa pemimpin Orang Yahudi yang dipanggil orang Farisi nampak mereka. Orang Farisi telah membuat banyak peraturan tentang hari Sabat. Memetik gandum adalah bertentangan dengan peraturan mereka.

Matius 12:1–2

Orang Farisi bertanya Yesus mengapa Dia tidak menguduskan hari Sabat.

Orang Farisi bertanya Yesus mengapa para pengikut-Nya tidak menguduskan hari Sabat. Yesus menjawab bahawa mereka tidak melakukan apa-apa yang salah. Tuhan memberi kita hari Sabat untuk memberkati kita, bukan untuk menjadikan kehidupan kita lebih sukar.

Matius 12:2–8; Markus 2:27

Yesus memerhatikan seorang wanita semasa mengajar di saumaah.

Kemudian, Yesus mengajar di sebuah saumaah pada hari Sabat. Yesus memerhatikan seorang wanita di sana. Dia tidak dapat berdiri tegak. Dia mengalami masalah ini selama 18 tahun.

Lukas 13:10–12

Yesus memberkati wanita itu.

Yesus menjemput wanita itu datang kepada-Nya. Dia meletakkan tangan-Nya pada wanita itu untuk memberkatinya.

Lukas 13:12–13

Wanita itu disembuhkan.

Dengan segera, wanita itu berdiri tegak. Pemimpin saumaah marah kerana Yesus menyembuhkan pada hari Sabat.

Lukas 13:13–14

Yesus menjelaskan mengapa Dia menyembuhkan pada hari Sabat.

Yesus berkata bahawa membantu wanita ini adalah perkara yang wajar untuk dilakukan. Berbuat baik pada hari Sabat adalah sesuatu yang wajar. Pemimpin itu malu, dan orang ramai di saumaah bersukacita kerana wanita itu telah disembuhkan.

Lukas 13:15–17; lihat juga Lukas 6:9