Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memberi Nyawa-Nya untuk Kita—Satu pengorbanan untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian


Matius 27; Lukas 23; Yohanes 19

Yesus Memberi Nyawa-Nya untuk Kita

Satu pengorbanan untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian

Para askar meletakkan mahkota berduri di atas kepala Yesus.

Selepas Pilatus memutuskan Yesus harus disalibkan, dia menyuruh askarnya membawa Yesus pergi. Mereka menyebat-Nya, meludahi-Nya, meletakkan mahkota berduri di kepala-Nya, dan mengejek-Nya.

Markus 15:15–20

Yesus membawa salib kayu yang berat.

Para askar menyuruh Yesus memikul salib kayu yang berat. Mereka membawa-Nya ke satu tempat di luar Yerusalem yang dipanggil Golgota.

Yohanes 19:17

Para askar memaku Yesus pada salib.

Para askar memaku tangan dan kaki Yesus pada salib. Yesus meminta Bapa Syurgawi untuk mengampuni para askar, kerana mereka tidak tahu mereka menyalibkan Putera Tuhan.

Lukas 23:33–34

Orang ramai melihat Yesus dan dua penjenayah disalibkan.

Dua penjenayah disalibkan bersama Yesus pada hari itu. Salah seorang berkata kepada-Nya, “Bukankah kamu Penyelamat yang diutus oleh Tuhan? Selamatkanlah dirimu sendiri dan juga kami!”

Lukas 23:39

Yesus bercakap dengan salah seorang penjenayah.

Seorang penjenayah berkata mereka patut dihukum, tetapi Yesus tidak berbuat salah. Dia meminta Yesus untuk mengingatinya dalam kerajaan-Nya. Yesus memberitahunya bahawa tidak lama lagi mereka akan bersama di dunia roh.

Lukas 23:40–43

Yesus memberitahu Yohanes untuk menjaga ibu-Nya.

Ramai wanita yang mengikuti Yesus Kristus telah datang ke salib untuk berada bersama-Nya. Salah seorang wanita itu ibu Yesus, Maria. Yesus melihatnya lalu memberitahu Yohanes, salah seorang Rasul-Nya, untuk menjaganya.

Yohanes 19:25–27; lihat juga Lukas 8:1–3; Markus 15:40–41

Kegelapan menutupi negeri itu.

Selama tiga jam, kegelapan menutupi negeri itu. Yesus berasa sangat sunyi. Dia berasa seperti Bapa Syurgawi-Nya telah meninggalkan-Nya.

Matius 27:45–46

Yesus menyerahkan nyawa-Nya.

Akhirnya, Yesus tahu bahawa penderitaan-Nya sudah selesai. Dia berkata, “Bapa, sudah selesai, kehendak-Mu telah terjadi.” Kemudian Yesus menundukkan kepala-Nya dan menyerahkan nyawa-Nya. Seorang askar menikam sisi Yesus dengan tombak untuk melihat sama ada Dia sudah mati.

Terjemahan Joseph Smith, Matius 27:54; Yohanes 19:28–30, 34

Tirai di bait suci terkoyak dua.

Apabila Yesus mati, bumi bergoncang. Batu-batu terbelah. Tirai bait suci, yang menutupi tempat yang paling kudus di dalam bait suci, terkoyak dua.

Matius 27:51

Para askar yang menjaga Yesus ketakutan.

Para askar dalam ketakutan. “Dia betul-betul Anak Tuhan,” kata mereka.

Matius 27:54

Ibu Yesus dan para pengikut-Nya meletakkan tubuh-Nya di dalam sebuah makam.

Para pengikut Yesus membalut tubuh-Nya dengan kain dan meletakkan-Nya di dalam sebuah makam di taman. Kemudian, mereka menggulingkan batu besar di hadapan makam itu.

Matius 27:57–61; Yohanes 19:38–41