Cerita-cerita Kitab Suci
“Pembekuan” di Ghana


“’Pembekuan’ di Ghana,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“’Pembekuan’ di Ghana,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Jun 1989–November 1990

2:59

“Pembekuan” di Ghana

Tetap beriman walaupun Orang Suci tidak dapat berkumpul

Alice Johnson dan Hetty Brimah berkongsi injil di Koforidua, Ghana.

Alice Johnson ialah seorang misionari melayani di negara asalnya, Ghana. Dia suka berkongsi kesaksian tentang Yesus Kristus dan membantu Gereja berkembang.

Saints, 4:416–17

Alice dan Hetty mengetahui mereka tidak boleh berkongsi injil lagi.

Suatu hari, Alice mendapat berita yang menyedihkan. Kerajaan di Ghana telah berkata tidak boleh ada lagi pertemuan Gereja. Para misionari tidak boleh mengajar lagi.

Saints, 4:417

Pegawai polis di luar bangunan Gereja yang berkunci.

Pegawai polis menghalau para misionari dari pangsapuri mereka dan mengambil basikal mereka. Beberapa ahli Gereja dimasukkan ke dalam penjara. Askar mengunci bangunan Gereja dan tidak membenarkan sesiapa masuk. Orang ramai memanggil ini “pembekuan.”

Saints, 4:417–18

Alice pergi untuk tinggal bersama seorang kawan.

Para misionari terpaksa pulang. Alice pergi tinggal bersama seorang rakan di bandar lain. Dia bimbang bahawa dia tidak akan dapat menghabiskan misinya.

Saints, 4:418

Orang Suci di Ghana.

Orang Suci di Ghana keliru, sedih, dan takut. Mereka berfikir apakah salah mereka. Adakah mereka akan pergi ke gereja lagi?

Saints, 4:418

Orang Suci mengadakan pertemuan sakramen di rumah.

Walaupun mereka tidak dapat berkumpul dengan bahagian mereka, Orang Suci masih mengasihi Tuhan dan mahu menyembah-Nya. Mereka mengadakan pertemuan sakramen di rumah mereka. Ahli keluarga yang mempunyai imamat memberkati roti dan air dan memberikannya kepada ahli keluarga yang lain.

Ajaran dan Perjanjian 6:32; Saints, 4:419

Orang Suci berkongsi injil bersama-sama di rumah.

Bulan demi bulan, pembekuan berterusan. Orang Suci menyanyikan lagu rohani dan saling mengajar injil di rumah mereka. Mereka melawat satu sama lain untuk membantu mengekalkan iman mereka. Mereka menyimpan persepuluhan mereka untuk membayar bila mereka boleh kembali ke gereja. Mereka berdoa dan berpuasa agar pembekuan akan berakhir.

Saints, 4:436–37

Alice dijemput untuk melayani misi lagi.

Akhirnya, selepas 18 bulan, kerajaan memutuskan bahawa Gereja boleh mengadakan pertemuan semula. Seorang presiden misi baharu meminta untuk bercakap dengan Alice, yang kini seorang pelajar di kolej. “Adakah kamu mahu kembali dan melayani misi selepas sekolah?” dia bertanya. “Tidak,” dia berkata. “Saya mahu melayani sekarang!”

Saints, 4:437–39

Orang Suci di Ghana menghadiri pertemuan Gereja.

Alice dan Orang Suci yang lain sangat gembira kerana mereka dapat pergi ke gereja lagi! Pada hari Ahad pertama selepas pembekuan, pertemuan sakramen diadakan selama dua jam kerana ramai orang ingin memberikan kesaksian. Mereka saling memberitahu bagaimana Tuhan telah memberkati mereka dan membantu mereka mengekalkan iman mereka.

Ajaran dan Perjanjian 20:75; Saints, 4:438