Cerita-cerita Kitab Suci
Joseph dan Sidney Diserang


“Joseph dan Sidney Diserang,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Joseph dan Sidney Diserang,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Februari 1832

2:28

Joseph dan Sidney Diserang

Orang yang marah cuba hentikan kerja nabi Tuhan

Lelaki yang marah bercakap dekat unggun api.

Sesetengah orang suka ajaran Joseph Smith tentang Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dan syurga. Tetapi yang lain tidak suka ajarannya. Sesetengah daripada mereka marah dan mahu halang Joseph daripada mengajar.

Ajaran dan Perjanjian 76; Saints, 1:149–50

Emma dan Joseph Smith menjaga bayi mereka yang sakit.

Suatu malam, Joseph berjaga lewat membantu Emma menjaga salah seorang bayi kembar angkat mereka. Bayi itu sangat sakit.

Saints, 1:150

Emma menjaga anak-anak sementara Joseph tidur.

Emma menjaga bayi itu dan suruh Joseph berehat. Dia perlu berkhutbah pada waktu pagi. Akhirnya, Joseph dan Emma tertidur.

Saints, 1:150

Lelaki heret Joseph keluar dari rumah.

Tiba-tiba, pintu terbuka, dan sekumpulan lelaki yang marah berlari menuju bilik. Emma menjerit semasa para lelaki itu mencengkam tangan, kaki, dan rambut Joseph. Mereka mengheretnya keluar dari rumah.

Saints, 1:150–51

Lelaki mencengkam Joseph sementara Sidney Rigdon terbaring di atas tanah.

Joseph cuba melepaskan diri, tetapi mereka memegangnya dengan erat. Joseph melihat para lelaki itu juga telah heret rakannya Sidney Rigdon dari rumahnya.

Saints, 1:151

Lelaki menutupi Joseph dengan tar dan bulu.

Para lelaki itu koyakkan pakaian Joseph dan menuang tar panas dan melekit ke seluruh kulit dan rambutnya. Kemudian mereka menutupnya dengan bulu dan berlari pergi.

Saints, 1:152

Emma dan rakan-rakannya menjaga Joseph dan Sidney.

Selepas para lelaki itu pergi, Joseph kembali ke rumah. Emma ketakutan apabila melihat Joseph. Rakan-rakan berhampiran dengar apa yang berlaku dan bergegas datang membantu. Emma mengikis tar dari kulit Joseph. Sepanjang malam, Emma dan rakan-rakannya menjaga Joseph dan Sidney.

Ajaran dan Perjanjian 25:5; Saints, 1:153

Joseph berkhutbah kepada sekumpulan Orang Suci.

Esoknya, Joseph masih dalam kesakitan. Tetapi dia berpakaian dan mengajar sekumpulan orang tentang Yesus Kristus. Beberapa lelaki yang telah menyerangnya mendengar dia mengajar. Kemudian pada hari itu, Joseph membaptiskan tiga orang. Dia terus melakukan kerja Tuhan, walaupun orang cuba menghalangnya.

Ajaran dan Perjanjian 24:8; Saints, 1:153