“Misi Parley ke Kanada,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Misi Parley ke Kanada,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
April–Jun 1836
Misi Parley ke Kanada
Tunjukkan iman kepada janji-janji Tuhan
Sebaik sahaja Bait Suci Kirtland dibaktikan, ramai pemimpin Gereja melayani misi untuk mengkhutbahkan injil.
Ajaran dan Perjanjian 88:81; 109:22–23; 112:28–29; Saints, 1:249
Parley Pratt suka berkongsi injil. Tetapi dia fikir dia harus tinggal di rumah kerana isterinya, bernama Thankful, sakit. Mereka juga tidak ada banyak wang.
Saints, 1:249
Heber Kimball, rakan Parley dan salah seorang Rasul, datang melawat. Dia memberkati Parley dan berkata dia harus mengkhutbahkan injil di Kanada. Dalam berkat itu, Heber menjanjikan Thankful akan sihat. Dan dia akan ada seorang anak lelaki dan Tuhan akan bantu Parley dapatkan wang yang dia perlukan.
Saints, 1:249–50
Thankful dan Parley telah berkahwin selama 10 tahun. Mereka tidak ada anak. Tetapi mereka beriman kepada janji-janji Tuhan. Meski sukar berjauhan dengan Thankful di Kanada, Parley pergi untuk berkongsi injil.
Saints, 1:250
Di Kanada, Parley mencari tempat untuk mengajar orang. Dia tanya jika dia boleh mengajar di gereja dan bangunan lain. Semua orang berkata tidak.
Saints, 1:252–53
Kemudian Parley bertemu John dan Leonora Taylor. Mereka mengasihi Yesus Kristus dan Alkitab. John tanya Parley jika ajarannya berbeza daripada Alkitab.
Saints, 1:252–53
Parley kata dia mengajar tentang Yesus, nabi, pembaptisan, dan Roh Kudus. Semua hal itu ada dalam Alkitab. John tanya, “Bagaimana dengan Joseph Smith dan Kitab Mormon?” Parley beritahu John, dia tahu Kitab Mormon adalah benar, sama seperti Alkitab, dan Joseph Smith adalah nabi Tuhan.
Saints, 1:253
John percaya kata Parley. Dia baca Kitab Mormon dan tahu ia adalah benar. John dan Leonora jemput rakan-rakan mereka Joseph, Mercy, dan Mary Fielding serta yang lain untuk dengar ajaran Parley. Banyak orang dibaptiskan dan menyertai Gereja.
Saints, 1:254–55
Parley gembira, tetapi dia mahu pulang kepada Thankful di Kirtland. Dia ucap selamat tinggal kepada rakan-rakan baharu di Kanada. Semasa berjabat tangan, mereka berinya wang untuk menjaga keluarganya.
Saints, 1:255–56
Apabila Parley kembali, dia mendapati Thankful lebih sihat. Parley dapatkan lebih banyak salinan Kitab Mormon dan kembali ke Kanada untuk terus berkongsi injil. Kali ini, Thankful pergi bersamanya.
Saints, 1:256
Tidak lama, Thankful dan Parley dapati mereka bakal mempunyai bayi. Mereka ingat berkat yang Heber berikan kepada Parley. Mereka rasa semua janji Tuhan dalam berkat itu menjadi nyata.
Saints, 1:256