Cerita-cerita Kitab Suci
Telii Melayani Tuhan


“Telii Melayani Tuhan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Telii Melayani Tuhan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

April 1844–Mac 1852

3:21

Telii Melayani Tuhan

Membina Gereja di Tubuai

Telii dan orang ramai melihat para misionari Orang Suci Zaman Akhir tiba.

Seorang wanita bernama Telii tinggal di pulau kecil bernama Tubuai. Para misionari dari gereja yang berbeza kadang-kadang melawat Tubuai, tetapi mereka biasanya tidak tinggal lama. Pada tahun 1844, Telii teruja mendengar bahawa para misionari dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah tiba di Tubuai.

Ajaran dan Perjanjian 1:1; 133:8

Telii dan Nabota menjemput para misionari untuk tinggal bersama mereka.

Para misionari sedang dalam perjalanan ke beberapa pulau yang lebih besar. Tetapi orang ramai di Tubuai mahu mereka tinggal dan mengajar injil. Telii dan suaminya, Nabota, berkata bahawa para misionari boleh tinggal di rumah mereka. Salah seorang misionari, Addison Pratt, bersetuju.

Saints, 1:573–74

Telii dan Nabota berkongsi makanan dengan salah seorang misionari.

Telii dan Nabota berkongsi semua yang mereka ada dengan Addison. Mereka mengajarnya untuk bercakap dalam bahasa mereka. Addison mengajar mereka tentang Yesus Kristus.

Telii dibaptiskan sementara Nabota meyaksikannya.

Roh Kudus memberitahu Telii dan Nabota bahawa injil Juruselamat adalah benar. Mereka adalah orang pertama di Tubuai yang dibaptiskan.

Saints, 1:573–74

Telii dan yang lain berkongsi injil dengan orang ramai di Tubuai.

Telii, Nabota, dan Addison menjadi kawan baik. Mereka mengembara bersama-sama dan mengajar injil di Tubuai dan pulau-pulau lain. Apabila orang cuba memberitahu Orang Suci di Tubuai bahawa mereka tidak patut menyertai Gereja, Telii mengajar mereka dari tulisan suci bahawa Gereja adalah benar.

Saints, 2:27, 45

Telii, Nabota, dan Orang Suci lain menyanyi bersama.

Telii mahu membantu lebih ramai orang di Tubuai mempelajari injil Yesus Kristus. Dia meyusun ayat-ayat suci menjadi lagu dan menjemput ramai orang menyanyi bersamanya pada waktu malam. Menyanyikan lagu-lagu Telii membantu ramai orang belajar daripada tulisan suci dan mengingati apa yang mereka pelajari.

Ajaran dan Perjanjian 25:12

Telii dan keluarganya menyambut keluarga Addison.

Beberapa tahun kemudian, lebih ramai misionari datang ke Tubuai, termasuk keluarga Addison. Telii menyambut mereka ke rumahnya. Dia bekerja dengan isteri Addison, Louisa, untuk melayani wanita Tubuai.

Saints, 2:133–34

Telii dan keluarganya terus berkongsi injil dengan orang lain.

Selepas beberapa ketika, para misionari terpaksa meninggalkan Tubuai dan pulau-pulau lain. Tetapi Telii terus mengajar dan memimpin Orang Suci. Kerana teladan dan pelayanan Telii, Gereja di Tubuai kekal kuat.

Saints, 2:150–51